Syed Qutb (atau disebut juga Sayyid Qutb), salah seorang pejuang besar ummat ini walaupun hanya bertubuh kecil. Beliau bersama sahabat-sahabatnya dari Ikhwanul Muslimun telah di penjarakan pada akhir tahun 1954 oleh Regim Presiden Nasser yang memerintah Mesir pada waktu itu.
Tulisannya yang mencakup memahami Islam secara lebih menyeluruh dalam pemikiran, amalan, aqidah, perilaku, wawasan, jihad dan sikap menyebabkan beliau telah dikenakan hukuman penjara lebih 10 tahun, sehingga akhirnya di kenakan hukuman mati. Apabila hukuman itu disampaikan kepadanya, beliau berkata, “Alhamdulillah. Saya telah melaksanakan jihad selama 15 tahun sehinggalah saya dikurniakan syahid.” (Wright, p. 8)
Sebelum di jatuhkan hukuman gantung, seorang petugas agama seperti biasa mengajarkan beliau supaya boleh menyebutkan kalimah ‘La ilaha illallah’ (bermaksud Tiada tuhan melainkan Allah). Syed Qutb hanya berkata bahawa kerana kalimah ‘La ilaha illallah’ itulah dia dikenakan hukuman mati. Beliau di hukum gantung sampai mati menjelang waktu fajar hari Isnin, 29 Ogos 1966. Beliau tersenyum apabila digantung.
Melalui sajak Akhi (Saudaraku)yang di senandungkan oleh Syed Qutb ketika berada di penjara, seolah-olah ingin mengingatkan kita sebagai pejuang kebenaran sepanjang zaman supaya jangan sekali-kali mengaku kalah. Dalam bahasa mutakhir : Lawan tetap lawan.
Di turunkan di sini terjemahan sajak peninggalan beliau untuk kita bersama-sama hayati:
Akhi
Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu
Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar
Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?
Saturday, June 26, 2010
Sajak Akhi oleh Syed Qutb
Sunday, June 6, 2010
Tetamu Allah
Hari ini sangat berbeza dngan hari yang lain. Berbeza cuaca, perasaan, segalanya berbeza. Kali ini saya menulis di Tanah Haram. Alhamdulillah saya sudahpun selesai memunaikan umrah pada hari pertama saya sampai di sini iaitu hari jumaat 4 Jun. di dalam kepala ini macam-macam yang saya hendak ceritakan pengalaman saya dari sebelum hinggalah kami selesai mengerjakan umrah tapi saya tak tahu bagaimana nak cerita dan tak tahu yang mana harus diceritakan dulu. Hari ini saya menumpang di rumah rakan saya Tuan Badrulhisyam Tuan Soh, dia adalah pelajar universiti Umul Qura' Makkah. Kagum melihat kehidupan mereka yang sangat berbeza dengan kehidupan kami pelajar-pelajar Yemen. Mereka tinggal di apartment mewah, berhawa dingin, memiliki kereta, sangat berbeza dengan kami yang serba kekurangan di bumi Iman Yemen.
Petang nanti saya akan menyambut ibu tercinta di Jaddah yang juga datang untuk menunaikan umrah. Sudah setahun tidak bertemu dan insyallah kami bertemu di bumi wahyu diturunkan ini. Sebelum datang ke sini saya terfikir boleh tunjukkan bakat saya yang boleh bercakap dalam bahasa arab kepadanya tapi bila sampai di sini saya rase bahasa arab saya kurang berguna kerana arab pulak yang cakap melayu dengan saya, nampaknya saya tak dapatlah nak banggakan diri di depan ibu saya.
Mungkin setelah saya pulang nanti saya akan ceritakan pengalaman saya di sini dengan lebih detail, tak seronok juga nak tulis lama-lama dengan laptop orang. Insyaallah saya berada di sini selama sebulan. Semoga segala urusan saya berjalan lancar
Wednesday, March 24, 2010
Amanahkah Kita?
Wednesday, January 6, 2010
Usaha dan Tawakkal
Thursday, December 10, 2009
Nasihat buat saudari

Kenapakah sungguh lemah kaum hawa itu??
Bukan wanita itu lemah dek tangisan dan sendunya.
Tetapi disitulah kekuatan yang bisa menjadi izzah yang paling gah
“wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”
Cuba saudari nilai
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah bagi dirinya
Sesungguhnya wanita yang beriman,
Tidakkah mereka merasa malu??
Merasakan diri belum cukup menarik
Thursday, November 26, 2009
Rindukan umi
Saat ini saya benar-benar rindukan keluarga terutama umi, mungkin kerana emosi aidil adha. Mereka juga begitu agaknya. Kami berhubung hanya mengunakan ym kerana kos untuk menalifon sangat tinggi ada juga yang murah tetapi menyakitkan hati sahaja, mereka dengar suara saya tetapi saya tidak dengar suara mereka dan kadang-kadang sebaliknya pula. Umi orang lama, orang kampong pula tu memang tidak berapa pandai mengunakan computer bahkan mengunakan henset hanya pandai call dan massage sahaja. Hanya model nokia jenis n1110i yang dia boleh guna kalau bagi jenis selain dari itu dia pasti akan garu kepala. Teringat masa mula-mula dulu ketika umi baru hendah belajar menggunakan henset, kami adik beradik hampir-hampir putus asa untuk mengajar, umi juga hampir- hampir putus asa untuk belajar. Saya akan ketawa seorang diri bila ingatkan gelagat umi ketika itu. Kami adik beradik tidak ada yang terkecuali mendapat massage kosong dari umi ketika dia belajar menulis massege. Kali ini umi sekali lagi terpaksa belajar menggunakan teknologi untuk berhubung dengan saya yang jauh di timur tengah ini. Saya tidak tahu bagaimana kakak saya mengajar umi sehingga boleh mengunakan internet untuk berhubung dengan saya. Mungkin kerana kakak saya seorang guru dan dia tahu teknik-teknik mengajar, tetapi saya tidak dapat bayangkan bagaimana lucunya umi belajar mengunakan komuter. Beberapa hari yang lalu umi beli wabcam supaya saya dapat melihat umi dan keluarga tercinta tapi malangnya wabcam itu belum boleh digunakan sampai hari ini kerana line yang bermasaalah. Saya pernah Tanya umi “ umi rindukan Ja tak?” “rindu, umi tido sekarang guna selimut Ja, lepaslah rindu sikit kat Ja” jawab umi. Saya baca teks ym itu dengan kepiluan, betapa rindunya umi kepada saya. “umi tak menyesal ke hantar Ja belajar sini? sebab kos kat sini tinggi, belanja bulanan Ja 400 ringgit” “ja jangan risau pasal duit, rezki Allah Taala bagi” jawab umi, sekali lagi rasa pilu dan ingin menangis tetapi saya ini jenis lelaki sejati yang susah sangat untuk keluarkan air mata, yang hairannya saya boleh menangis bila menonton drama korea atau jepun yang sedih. Pernah juga saya bertanya “umi nak Ja jadi apa? Jadi ustaz ke?” “jadi apa pun tak apa asalkan Ja jadi orang berguna.” Jawapan-jawapan umi selalu bagi saya terharu, “insyaallah tahun depan umi bela anak cikgu tiga orang, duit upah tu umi nak simpan untuk tambang Ja balik Malaysia.” Tidak ada kata yang layak untuk saya balas teks umi itu dan saya terus bertanya tentang hal yang lain. Umi banyak bekorban untuk kami anak-anaknya. Saya sangat merindui umi, tidak sabar rasanya mnunggu pulang ke tanah air, akan saya peluk erat tubuh tua umi melepaskan rindu yang mendalam. kepada umi serta adik beradik di tanah air selamat menyambut aidil adha. Terima kasih Allah kerana anugerahkan umi kepada saya
Wednesday, November 25, 2009
Saye bangge - kisah benar
Assalamualaikum wbt....
Nie saye nak cite sikit...Satu cite yang membuatkan saye rase bangge..
bunyinye macam tak elok,yela membangge diri..tapi jangan salah sangke...bace dulu...
macam nie citenye........
Petang semalam saye cadang nak p main kude,tapi tak jadi sebab tibe2 ade orang mintak tolong
buat urusan rumah..Tak pe la,saye pon p la uuskan.
Urusan tu pun siap time nak dekat maghrib..Lepas selesai semuenye,saye pun p ke satu pekan yang
bernama Hail..Pekan nie ,kalo orang pempuan pegi,mungkin susah nak ajak balik..Saye yang laki2 nie pun dah macam nak gile tengok barang2 kat situ..
Tapi tujuan saye p pekan tu bukan nak beli barang2..Tujuan saye datang kat situ jz nak makan je...
rindu kat murtabak...tapi tak macam murtabak kat Malaysia la..
Nak tengok ??? tengok kat bawah nie.....
Nampak sedapkan ????boleh la,tapi gaam banyak sangat....Masin tahap gaban..hehe
sedang dok enak mengunyah murtabak nie,tibe2 je kawan yang dok kat depan saye cakap
"persona mempesonakan" n die tunjuk ke arah belakang saye..saye pon tengok la ke arah belakang.
nak tau saye nampak ape???Bukan pempuan ...jangan salah tafsir..husnu zhon sikit...saye nampak kete....
terus saye tangkap gambar nie..Bangge menjadi Anak Malaysia..huhu..
Ni pon tangkap curi2...jenoh cover line..semue orang tengok....tapi sebab teruje,saye tak kire ape...
saye nekad nak tangkap gambar nie..tu je la citenye..so,sekarang anda dah tau ape yang saye banggekan kan???
Haaaa,,,,tu le citenye...pendek kate,,Cintailah negare kite...
k..roger...
Assalamualaikum....
Sunday, November 22, 2009
kepuasan menulis
Tuesday, October 20, 2009
Perjalanan Menuju Firdaus
Wednesday, October 7, 2009
Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.
Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.
Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.
Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.
Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.
Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.
Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu....hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.
Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.
Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.
Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.
'Tak boleh sembahyang Jumaat!'
Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.
Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.
"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.
Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.
"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.
Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.
Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.
Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.
Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.
Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. . "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap.
Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ.
Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..
Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia... itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.
Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.
Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. "
Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.
Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.
Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.
Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : "Mmm...sedap. ." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.
Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..
Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.
Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.
Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.
Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33; " (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.
Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.
Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.
Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.
Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.
Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.
Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.
Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.
Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).
-iluvislam.com
Monday, September 7, 2009
10 hari Pertengahan Ramadhan
24 April 1989 Masihi
Isnin
Jam 6.30 / 9.30 pgi...yang nie tak berape nak ingat..
Tarikh lahir aku...
Ari nie umur aku genap 20 tahun..Mengikut kalender Islam/Hijri...
Mungkin sebab aku di lahirkan di Bulan Ramadhan,so,mak n abah pon bagi name Mohamad Fitri...
Dah tue dah,,Macam yang pernah aku katekan,semakin bertambah umur kite di dunie ,maka semakin pendek umur kite di Luh Mahfuz..
Bile difikirkan bab Ramadhan,sekarang nie kite dah berade di penghujung 10 hari pertengahan Ramadhan iaitu masa dan detik Maghfirah dari Allah Subhanahu Wa ta'ala...Agak2 macam mane ek?? 'ok' ke 'ko'??
10 yang awal,kite dah lalui,sekarang nie 10 pertengahan n tak berape hari lagi 10 akhir Ramadhan..Macam yang kite sedia maklum,10 akhir Ramadhan Allah menjanjikan perlepasan dari api neraka..Kalo di tanye pade semue manusia,dorg nak ke tak dengan janji Allah nie?? mesti jawapan mereka 'NAK'..
Tapi cube kite perhatikan,berape ramai manusia sanggup meluangkan mase untuk ber'ibadat terutame di bulan nie..Tepuk dada n tanye lah Iman..
Ape kite pon nak tergolong dalam golongan itu?? wal 'iazu billah...
Setidak-tidak nye,kite cube luangkan mase untuk bace al-Quran..Bukan nak banyak pon,satu hari satu juzuk,nampak banyak,tapi tak..kalo nak nampak ringan,setiap kali selepas solat Fardhu,kite bace 4 muke surat..dapat la satu hari satu juzuk..
Kalo nak diberi alasan,macam-macam alasan kite boleh bagi,.conthnye,nak exam,assgmnt banyak n macam-macam la....
Itu sume dari diri kite sendiri..Fikirlah..janganlah reka alasan-alasan yang tak munasabah..Ingat sume yang kite lakukan, semue yang kite mahukan n semue yang kite dapat , semuanye atas kuasa Allah..So,janganlah kite sombong dengan-NYA..Same2 kite fikirkan....
Wednesday, September 2, 2009
Misteri Batu Terbang,Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad...

Misteri Batu Terbang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad
The floating rock miracle(read in English)Islamic Greeting Cards
Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.
Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?
Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir (Lihat foto-foto wilayah ini di Panoramio). Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.
Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang (lihat juga komentar dari orang-orang yang tinggal di wilyah ini dari artikel berbahasa inggris: the mistery of floating rock di sini). Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.
Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:


Ada juga referensi mengenai batu terbang ini di flickr
Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj?
Di samping ini adalah gambar batu tersebut, tampak atas. Ia berada di Yerusalem, Palestina di wilayah Haram al Quds al Sharif. Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestina, yaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu. Apakah batu ini melayang? Wallahua'lam, sepertinya tidak.
Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib, yang diembel-embeli dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.
Jangankan cuma batu sebesar itu, Allah pun berkuasa untuk mengangkat bukit Thursina ketika mengambil sumpah kepada kaum Yahudi. Tetapi, kalau memang batu tersebut tidak melayang, tidak terbang, dan ternyata merupakan hasil manipulasi foto belaka, apakah kita akan tetap menyebarkan foto-foto tersebut? Apalagi kisah sang batu yang ingin ikut Nabi ke langit tersebut juga tidak jelas sumbernya.
Semoga halaman ini bermanfaat untuk kebenaran.
-al-habib info-
Tuesday, September 1, 2009
Peringatan untuk semua...
Al-Kisah...! !!!
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris..
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia . Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia ..
Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura... Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan..
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60..00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).
Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12...6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak).. Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
1 Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.
Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris..
Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walausatu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......
.maha suci Allah. ALLAHUAKHBAR. ...ALLAHUAKHBAR. . ..
Mengempang atau Menahan???

-iluvislam.com
Cukup lama,,,,,,
Semenjak aku sampai ke bumi barakah nie,sekali je aku sempat post....
Lame sangat tak post bahan ke dalam blog nie..
Nak kate sibuk,tak la sibuk sangat...
Tapi aku lebih banyak bagi komitmen kat Yahoo Group sampai terbiar blog nie..
Insya Allah,mule dari skang nie aku akan bagi komitmen yang same rate pada kedua2nya...
Insya Allah aku akan cube apa yang termampu....
Friday, July 24, 2009
Tag Dari Sahabat,.,.
Assalamualaikum,,
Sebulan yang lepas sahbat saya,Hairul Zairi (is) dah pon tag saya dengan beberapa soalan..so,ini adalah jawapan dari saya,,,
Saya harap agar "is" berpuas hati,.,.,.,.,.,.
macam nie citenye "is"
1. mase umor 4 tahun rasenye,aku pernah bergaduh dengan anak jiran aku,,lame tak jumpe die,,asalnye mcm mane ek??tak brape ingat,pe yang aku ingat die dengan kawan die bawak kayu nak pukul aku.,Sebelum die nak pukul aku,die "sound" dlu,.Mase die sound tu,aku ketok kepale die dengan kayu,,die pon menangis n balik bagi tau mak die,,Cuak jugak,,tapi mak die ok,,,,selamat aku,,,,hehehe,,lawok leeee,,,
2.masuk darjah 1...SK HAJI MAHMUD....time kat sekolah,aku suke jalan2 keliling sekolah,,,maklumla budak baru..kat dalam kawasan sekolah tu ade rumah kosong,budak2 panggil rumah hantu...kawan aku ajak masuk,tapi aku tak berani,aku tunggu kat luar...aku pon nak duduk kat tayar hiasan..baru nak duduk,ade batu besar n tajam jatuh kat kepale aku,.ade budak india main baling batu,,aku pegang la kepale aku,tegok ade darah, ape lagi aku menangis la p cari cikgu,,tapi yang sedihnye,cikgu tu tak bagi aku balik,,,
3.masuk darjah 2...kire dah senior jugak laaaa,,,,kat sek agame,aku jadi ketue mat beskal mase tu,,,ramai anak buah aku,,,, time rehat je,terus p cari beskal,tak sempat makan,,aku bawak anak buah aku round satu sek,,,yang lawoknye,,,sume ikut plak tu,,,,heeeeyyyyy,,,tak boleh lupe kenangan waktu mude dulu,,,,
4. Masuk darjah 3...bulan 8 abang aku p mesir sambung belajar..time p hantar abg aku tu,tak tau nak cakap laa sedih nye,,,,rase nak ikut die jee,,tapi tak boleh...time abg aku kat sane,die ade la talifon,nak ckp ngan aku,,aku baru pegang ganggang talifon tu,aku dah menangis,,,sedih n rindu,,skang nie aku pulak....rindu kat family,,,semoge semue sihat n diberkati ALLAH....
5. Kat sek agame,aku kene lantik jadi ketue pengawas....lawak laa,,,dari ketue mat beskal,terus naik jd ketue pengawas,,,,ust silap pilih kot mase tu,,,tapi aku tetap jalankan tugas sebagai ketue mat beskal,,ye la mase tu tak boleh bawak moto,,,
6. Nie pon lawak jugak,,,satu petang tu,aku n family p ke rumah opah sedare aku kat chemor,pak sedare aku yang sorang nie kuat melatah,,tak pe laaa,,,time die sembang dengan ayah aku,makcik aku bleh "cuit" pinggang pak sedare aku tu,ape lagi,naik la tangan pak sedare aku tu ke pipi ayah aku,,aku rase nak je belasah die sebab buat kat ayah aku macam tu,,tak lame lepas tu aku jalan sebelah pak sedare aku tu nak p dapur,,entah macam mane tanpe aku sedari,tetibe je tangan die hinggap kat pipi aku..mule2 aku senyum,lepas 3 saat air mate aku keluar,terus nangis,,sakit oooo,,,tangan die dah la besar,,,mujur aku tak belasah die,,kalo tak,tak tau laaa...
7. time darjah 6,.,.nie kes gaduh jugak,,,aku main ketok2 pintu kelas,time beratur nak masuk kelas,nak buat lawak la konon,,maklumla bdk pmpuan pon ade,,takpe laa,,,elok aku tengah main sensorang ade kawan aku nak join,aku pon bagi die join,aku main ketok pintu,yang die main ketok perut aku,,aku pon naik angin laa,,,aku tumbuk die,die tumbuk balik..last skali die tumbuk kat muke aku,tersembul keluar aku punye gigi,,senang keje,cadang petang tu nak p klinik nak cabut gigi,,,time gaduh tu,Ustaza Mek Ros nampak kene la masuk pejabat,,,kene sound ngan ayah budak tu,,ayah die cikgu disiplin sek aku tu,,,nasib tak kene rotan..buas mase kecik dulu,,,
8.time kat sek agame plak aku kene sound ngan ayah budak darjah 3,,,asalnye ust suruh aku jage kls budak tu sebab ust ade meeting,,aku jage la,,,yang budak tu bising,aku pon dende la die,,duh diri atas kursi,.,.tengok2 pagi esok die bawak ayah die datang n sound aku,,,ust takde plak tu,,,,kene la terime,,,,
9. aku kalo kat rumah suke bangun lambat,,kalo mak aku gerak,memang tak "ngombeng" la bak kate orang Perak..tapi kalo ayah aku,sekali je die gerak..tu pon die gerak dari ruang tamu je,,,terus bangun,.,. takut,,,,
10. time darjah 6 tu aku pernah p camping pengakap...ade aktiviti jungle tracking,,p la...time kat sungai,ade budak cine jatuh,yang kawan aku sorang nie gelakkan budak tu,tak lame lepas tu die pulak jatuh,cien tu ape lagi,balas dnedam laa....die gelak perabis kat kawan aku nie,,,dari sungai tu nak naik ke darat kene naik bukit,so orang atas kete bantu laa,,gune kayu,,de sorang budak pmpuan nie dah naik ke ats n die kene bantu kami yang kat bawah nie,pe lgi aku n kwan aku pon berebut la nak di bantu oleh budak pmpuan tu,,yang syoknye aku menang n budk pmpaun tu tlong aku,kawan kau sume marah....syoknye,,,,,mase kecik,,sekarang dah tau hukum-hakam...
11.time cuti sek,aku dok umah makcik aku kat KL,.,.die takde anak laki2,..tu y die suke bile aku datang...dok la kat sane dari sya'ban sampai ramadhan,.,.satu hari,pakcik aku bawak p Masjid Kg Melayu,p amek bubur lambok...aku datang awal,dapat la dok kat depan,,tibe2 ade orang pegang kepale aku dari belakang,bau busuk pulak tu..aku tengok la orang tu,rupe2nye orang gile,,,aku pon siku perot die n lari laaa....terpakse baris kat belakang,,last pulak tu....kesian orang tu,,,aku bukan saje2 nak siku die,tapi dah keadaan memakse...sory..aku harap die maafkan aku..
12. ade satu hari tu aku n kawan aku p kat kawasan perumahan yang tak siap,,,p naik moto kawan aku,,,kami parking kat sebelah longkang besar,,tibe2 ade budak mude keluar dari rumah kosong,die kejar kami gune parang...yang kawan aku kat atas moto,aku dah turun...ade ke patut kawan aku pecut ngan moto die n tinggalkan aku,,,dah jauh sikit baru kawan aku berhenti amek aku..jenoh aku berlari kejar koto die...tak patut betul laaa,,,,,
13. rumah aku depan padang bola,.,.petang2 ramai la orang main bola.,.n tingkap rumah aku n jiran selalu pecah kene bola sesat...ade satu hari tu,jiran aku dah tak tahan,die sempat tangkap bola de satu group nie.,.pakcik tu p amek pisau,die kate kat budk2 bola tu"kalo kome nok bola nie,maghi datang sini"..budak2 tu pon datang laaaa...nak tau ape pakcik tu buat????
pakcik tu potong bola tu n bagi kat budak2 tu,.,.lepas tu tak de orang main bola dekat depan rumah kami,.,.jauh sikit ade laaaa,,,,,puas hati pakcik tu n kami sekeluarge,.,.time kasih pak cik man,.,.sebab bagi keadaan rumah kite jadi selese...
ade banyak lagi nie.....tapi tak sempat nak tulis,,,nie pon dah jauh ,malam...sok ade kelas,.,.k laaa...semoge "is" terhibur dengan kisah2 hidup aku nie,,.,
Assalamualaikum,.,.,
Wednesday, July 15, 2009
Assalamualaikum...
sedikit bingkisan dari kembara saya dan sahabat-sahabat saya di bumi Sana'a Yaman...Khas untuk tatapan sahabat-sahabiah dan usrah ku di Malaysia,,,,.....
saya berada di hadapan pintu masuk Kota Lama Sana'a dan pintu inilah yang dinamakan BAB ul-YAMAN,,,tak sempat nak pozing,ehsan dah tangkap...ehsan nak balik Msia 23hb nie..
perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Somalia...Malaysia menang besar,tak terkire goal nye,,,first day saya disini..
Di Bab ul Yaman...salah satu gerai yang saya sempat singgah...yang pakai beg kat belakang saya tu la ehsan..ala,,yang tangkap gambar tak sempat pozing tadi tu...
jalan masuk ke kawasan Bab ul Yaman,,beberapa meter selepas pintu gerbang Yaman,,,,....
Salah satu tempat yang saya tak sabar nak lihat,Ka'bah Abrahah..tapi monumen ni tak di jaga..dan sekarang menjadi tempat pembuangan sampah bagi penduduk di kawasan situ...
Sahabat-sahabat yang menyambut katibaan saya di airport Sana'a...yang paling dekat ni Amiruddin,yang tak sempat duduk tu Hairul Zairi(is) dan yang dok tengah pegang roti tu Hakimi Hamzi.... Thursday, July 9, 2009
Coretan perjalanan ke bumi Yaman
* 5 julai
- lebih kurang jam 2 ptg aku tiba di KLIA bersama keluarga,,menanti saat untuk berpisah dengan keluarga tercinta..
- jam 3 ptg Ustaz Ridhuan yang menguruskan urusan penerbangan kami tiba,,
- jam 3.45 ptg kami turun melebasi boarding pass,,
- jam 3.50 ptg train tiba untuk ke pintu penerbangan antarabangsa,,
- jam 5 ptg flight berlapas ke Jakarta perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit,,
- jam 6.30 ptg kami tiba di Jakarta,,transit selama sejam,,
* 5-6 julai
- jam 7.30 mlm flight berlepas dari Jakarta ke Dubai,,perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam 45 minit,,
- jam 3.15 pagi kami tiba Dubai,,transit selama sejam..
- jam 4.15 pagi flight berlepas dari Dubai ke Sana'a,,perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit..
- jam 6.45 pagi kami tiba di Sana'a ibu negara Yaman..
(jadual asal)
Alhamdulillah kami selamat tiba di bumi Yaman,,Namun semasa di airport,pasport kami ditahan oleh seorang pegawai di airport Sana'a kerana pandangan negatif oleh pihak berkuasa di Sana'a..selepas berbincang selama beberapa jam,akhirnya kami dilepaskan dan semua dokumen perjalanan kami diserah semula..Alhamdulillah..
Inilah sedikit coretan dari perjalana orang2 yang ingin menuntut ilmu Islam,,bukan mudah,bahkan ianya cukup menguji kesabaran dan keimanan untuk mengejar ilmu agama,,apa yang penting adalah tawakkal kita kepada ALLAH yang maha mengetahui,,'
Doakan kami agar kuat untuk menempuh onak duri dalam meneruskan perjalanan hidup ini,,
Monday, June 29, 2009
Assalamualaikum,,
dalam mase yang singkat nie,saye nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang pernah mengenali saye sekiranya ada perilaku dan percakapan saye yang menyakitkan hati tuan puan,sahabat sahabiah,guru-guru dan semua,,Insya Allah ahad nie saye akan berangkat ke Yaman untuk melanjutkan pelajaran di sana..atas sebab urusan itu,saye tak dapat nak update blog nie,,tak dapat nak bagi buah fikiran atau pengisian baru..Harap maaf,,Kepada sahabat-sahabiah,doa2kan lah agar kami selamat sampai dan dapat mengejar ilmu dengan tenang di sana nanti,,Jazakumullahu khaira al jaza,,Assalamualaikum
Sunday, June 7, 2009
Mana pemuda dan pemudi??
Petang semalam aku duduk berehat diatas buaian yang terletak di halaman rumah setelah seharian berjalan..ketika asyik aku mendengar alunan lagu nasyid,sempat aku menoleh ke jalan,apabila sekumpulan remaja menaiki motosikal berhenti dan berkumpul tidak jauh dari rumahku..Pada mulanya aku tak mengendahkan mereka.."Mungkin kawan-kawan abang #$# kot".bisik didalam hati..
Apabila senja semakin hampir,aku terus masuk ke dalam rumah dan bersiap untuk solat..Tapi aku terleka apabila melihat gelagat remaja lelaki dan perempuan yang berkumpul itu..Mereka tetap berkumpul,bahkan berborak dan ketawa dengan kuatnya..
"deorang nie,tak reti-reti nak sembahyang ke.!!."
"Dah maghrib nie.takkan nak tunggu isyak baru nak sembahyang."Aku berkata sendirian.
Tanpa menghiraukan mereka,aku terus solat..setelah selesai,aku duduk diruang tamu rumah sambil menonton siaran berita.."Dah agak dah..Mesti ade kes baru punye."Tekaan aku tepat,apabila siaran berita itu memaparkan kes rampasan dadah yang melibatkan remaja..
"Ape yang bising-bising kat luar tu?" tanya ibuku yang baru selesai solat..
"Ade ramai budak2 mude kat rumah abang #$# tu.Budak perempuan pun ade." aku jawab.
"Mak,kat taman kite nie takde pencegah maksiat ke?.deorang tu slumber je melepak tak kire laki tak kire perempuan." aku bertanya.
"Bukan takde..Ade,tapi deorang pun de keje lain jugak..deorang pun ade family.." ibuku memanjangkan cerita..
"Bulan puase taun lepas,nak dekat 20 pasangan kene tangkap,siap buat sesi kaunserling dengan keluarge budak2 yang kene tangkap tu lagi..Tapi,ade gak mak ayah yang marahkan pencegah maksiat tu."
"kenape pulak?" aku bertanya..
"Entah la..Mak ayah budak tu marah,deorang kate pencegah maksiat nie sibuk masuk hal deorang."
"Tu sume sebab kurang didikan agame la tu,tak tau hukum-hakam agame..tak takut azab Allah..tak nampak perkare yang baik,sebab nafsu dah tutup mate deorang.."ujar ibu.
"Kamu belajar la elok-elok..Dalami ilmu agame..Kalo kite dalami ilmu agame,jangan la risau..Insya Allah, Allah akan bagi kebahagiaan dunia dan akhirat pade kite." ibu menasihati aku..
"Tak tau la mase kamu dah besar nanti macam mane..Kalau tak di didik ilmu agame dari sekarang,lagi terok la kot." Keluh ibu.
Aku tetap membisu apabila memikirkan apa yang dikatakan ibuku..Mana pemuda dan pemudi yang hendak menegakkan islam?.Mana pemuda pemudi yang akan memimpin negara?.Mana pemuda pemudi yang akan membimbing umat ke jalan yang lurus?.Mana pemuda pemudi yang akan membina semula empayar islam?.
Memang diberitakan Islam akan menang..Memang diberitakan empayar Islam akan terbina..Tetapi takkan kita hanya menunggu saat itu tiba,sedangkan musuh kita telah meratah anak remaja..Musuh kita telah memimpin remaja untuk menjahanamkan islam..Apa kita hanya mahu dan mampu melihat?.
Fikir-fikirkanlah wahai pemuda dan pemudi..








