? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 6, 2010

Usaha dan Tawakkal



     “Assalamualaikum.. Assalamualaikum,” rakan saya yang sedang tidur nyenyak terjaga setelah beberapa kali rumahnya diberi salam. Pintu rumah terus diketuk, “Assalamualaikum!”, rakan saya bingkas bangun dari tidur dan membasuh muka, cepat-cepat dia buka pintu “Waalaikumsalam” terkejut apabila melihat sekumpulan jemaah Tabligh dari Malaysia  di hadapan rumahnya. “Waalaikumsalam, masuk la dulu” jemput rakan saya kepada jemaah tersebut. Sebenarnya dia terkejut kerana biasanya suasana seperti ini berlaku di Malaysia tak sangka pula mereka sampai ke sini.”Siapa nama anta?” Tanya salah seorang dari kumpulan itu,mungkin ketua kumpulan atau jurucakap mereka . “Hakimy” jawab rakan saya. Hakimy sebaya dengan saya, dia sudah empat tahun di sini tapi kerana banyak masaalah dia baru tahun dua di Universiti Yamaniah,  sekarang dia sekali lagi diuji masaalah dan terpaksa pulang ke tanah air. Untuk pulang bukan semudah pulang dari melancung atau pulang ke rumah dari kampong. Turun naik pejabat university, kedutaan, balai polis dan berbagai-bagai lagi cabaran berurusan dengan orang Arab yang memang terkenal selalu membuatkan masaalah kecil menjadi besar, senang menjadi susah dan sekejap menjadi lama. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah tinggal di Negara-nagara Arab. Saya sendiri kurang pasti atas masaalah hakimy tetapi dia terpaksa tangguhkan pengajiannya  mungkin selama dua tahun.“ana bekenan tengak anta“ kata jurucakap yang tadi memulakan perbualan,mungkin dia berkenan dengan janggut Hakimy yang lebat sama seperti mereka juga. Hakimy hanya tersenyum, mereka terus berbual. Jemaah tabligh ini sebenarnya baru pulang dari Makkah mengerjakan haji. Mereka di sini beberapa hari dalam program dakwah dan akan terbang ke Negara lain pula. “jadi boleh tak adik luangkan masa dengan kami beberapa hari semasa kami ada di sini? Kita buat kerja nabi dan rasul, dakwah mengajak manusia kepada Allah, kita buat sama insyaallah, boleh?” “minta maaf sangat-sangat saya bukan taknak tapi saya ada urusan yang perlu di buat, saya nak balik Malaysia dalam masa terdekat ni jadi perlu siapkan banyak perkara” hakimy cuba menolak permintaan mereka dengan baik. “adik jangan lupa, barang siapa yang bantu agama Allah, Allah pasti membantu mereka dalam urusan dunia mereka, betul tak? Adik sendiri belajar agama” jurucakap itu mengelurkan dalil. “ betul tu, dulu masa abang di UK abang nak keluar 40 hari dakwah, jadi abang siapkan teasis master cepat-cepat dan hantar, lagi beberapa hari nak keluar 40 hari tu Dr abang cakap teasis abang ada masaalah. Abang pening kepala masa tu, kalau nak siapkan teasis tu makan masa dua tiga bulan juga jadi tak dapat la abang keluar pada tarikh tu, isteri abang masa tu suruh abang pergi je keluar 40 hari insyallah nanti Allah bantu kita. Alhamdulillah bila abang balik dari keluar 40 hari semuanya dah settle”. Sampuk salah seorang dari mereka. “kita hidup ni mana boleh nak mengharapkan Allah untuk selesaikan tanggungjawab kita, mana boleh kita tinggalkan kerja kita tu untuk Allah selesaikan. Dalam quran pun Allah perintahkan nabi dan para sahabat supaya membuat persiapan senjata yang baik-baik, kuda yang gagah untuk berperang dan allah akan beri kemenangan. Dalam ayat ini Allah perintahkan kita untuk berusaha kemudian kita tawaqkal, sedangkan Allah maha kuasa dan Allah boleh beri kemenangan kepada ummat islam tanpa mereka berusaha” balas hakimy sedikit mengajar tentang konsep tawakkal. “adik ingat tak kisah nabi Ibrahim dengan anak dan isterinya, Allah perintahkan supaya nabi Ibrahim tinggalkan mereka di tanah yang gersang tanpa ada air dan sebarang makanan. Nabi Ibrahim bimbang dan Allah memberi tahu sesungguhnya Allah lah yang memelihara anak dan isteri kamu.” Sampuk lagi seorang seolah-olah mahu mematikan hujjah Hakimy. Hakimy mengangguk kepala dan terus menyambung “ betul, tapi cerita abang tu tak habis, tergantung!! Abang jangan lupa bagaimana Siti Hajar berlari-lari di antara Sofa dan Marwah mencari air untuk anaknya nabi Ismail yang menangis kehausan. Abang- abang semua pun baru balik dari hajji sampai hari ni kita di syariatkan untuk berlari-lari anak sebangai tanda mengingati sejarah Siti Hajar. Persoalannya kenapa Siti Hajar berlari mencari air? Sedangkan iman dan keyakinannya pada Allah tinggi, Allah pasti akan beri dia sesuatu untuk terus hidup, tapi mengapa dia berlari mencari air di antara Sofa dan Marwah ternyata sebagai tanda usaha dia!! Kemudian barulah Allah keluarkan air dari bekas hentakan kaki nabi Ismail.” Nada suara Hakimy sedikit tinggi. Salah seorang dari jemaah tersebut ada seorang arab Yaman yang terpinga-pinga tidak faham dia menyangkakan Hakimy sedang marah, trus dia memotong “laish?” (kenapa ni ) Hakimy menerangkan pada dia dalam bahasa arab “ kamu sendiri tau bagaimana susahnya berurusan disini betul tak?” Tanya Hakimy, “betul tu, kamu seharunya utamakannya dulu dan itu lebih utama bagi kamu”  nampaknya berbeza fikrah antara orang tabligh Malaysia dan Yaman, orang Yaman mereka lebih terbuka dan memahami konsep usaha dan tawakkal. Banyak orang kita masih tidak faham tentang ini, sebab itulah ada sebahagian dari kita beranggapan segalanya kita serah pada Allah bulat-bulat dan bila ada sesuatu masaalah semuanya tunjuk pada Allah, bila dia memandu dengan cuai dan berlaku kemalangan dengan mudah menyalahkan Allah, bila gagal periksa sedangkan malas belajar mudah sahaja alasanya “sudah ditakdirkan Allah” memang benar segala qada’ dan qadar sudah tertulis tapi lupakah kita Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya. Jika yakin Allah akan bantu, kita juga mesti usaha sekuat keyakinan kita kerana usaha memang syariat kita. Sebahagian dari kita pula ada juga yang berpendapat merekalah yang menentukan masa depan mereka tanpa sedikit pun berlapitkan Insyaallah. Kita disuruh berusaha kemudian berserah pada Allah setelah habis ikhtiar dan kita berdoa supaya apa yang kita usahakan itu berjalan baik, contohnya bila kita sakit kita berusaha mencari ubat walaupun kita tahu Allah yang menyembuhkan kemudian kita berserah dan doa supaya disembuhkan penyakit. Jangan kita berserah tanpa mencari ubat dan jangan pula kita yakin bahawa ubat 100% yang menyembukan. Salah faham dalam konsep ini sangat bahaya kerana ia melibatkan aqidah kita. Waallahhu’alam.