? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 29, 2009

Assalamualaikum,,
dalam mase yang singkat nie,saye nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang pernah mengenali saye sekiranya ada perilaku dan percakapan saye yang menyakitkan hati tuan puan,sahabat sahabiah,guru-guru dan semua,,Insya Allah ahad nie saye akan berangkat ke Yaman untuk melanjutkan pelajaran di sana..atas sebab urusan itu,saye tak dapat nak update blog nie,,tak dapat nak bagi buah fikiran atau pengisian baru..Harap maaf,,Kepada sahabat-sahabiah,doa2kan lah agar kami selamat sampai dan dapat mengejar ilmu dengan tenang di sana nanti,,Jazakumullahu khaira al jaza,,Assalamualaikum

Sunday, June 7, 2009

Mana pemuda dan pemudi??

Petang semalam aku duduk berehat diatas buaian yang terletak di halaman rumah setelah seharian berjalan..ketika asyik aku mendengar alunan lagu nasyid,sempat aku menoleh ke jalan,apabila sekumpulan remaja menaiki motosikal berhenti dan berkumpul tidak jauh dari rumahku..Pada mulanya aku tak mengendahkan mereka.."Mungkin kawan-kawan abang #$# kot".bisik didalam hati..

Apabila senja semakin hampir,aku terus masuk ke dalam rumah dan bersiap untuk solat..Tapi aku terleka apabila melihat gelagat remaja lelaki dan perempuan yang berkumpul itu..Mereka tetap berkumpul,bahkan berborak dan ketawa dengan kuatnya..
"deorang nie,tak reti-reti nak sembahyang ke.!!."
"Dah maghrib nie.takkan nak tunggu isyak baru nak sembahyang."Aku berkata sendirian.
Tanpa menghiraukan mereka,aku terus solat..setelah selesai,aku duduk diruang tamu rumah sambil menonton siaran berita.."Dah agak dah..Mesti ade kes baru punye."Tekaan aku tepat,apabila siaran berita itu memaparkan kes rampasan dadah yang melibatkan remaja..

"Ape yang bising-bising kat luar tu?" tanya ibuku yang baru selesai solat..
"Ade ramai budak2 mude kat rumah abang #$# tu.Budak perempuan pun ade." aku jawab.
"Mak,kat taman kite nie takde pencegah maksiat ke?.deorang tu slumber je melepak tak kire laki tak kire perempuan." aku bertanya.
"Bukan takde..Ade,tapi deorang pun de keje lain jugak..deorang pun ade family.." ibuku memanjangkan cerita..
"Bulan puase taun lepas,nak dekat 20 pasangan kene tangkap,siap buat sesi kaunserling dengan keluarge budak2 yang kene tangkap tu lagi..Tapi,ade gak mak ayah yang marahkan pencegah maksiat tu."
"kenape pulak?" aku bertanya..
"Entah la..Mak ayah budak tu marah,deorang kate pencegah maksiat nie sibuk masuk hal deorang."
"Tu sume sebab kurang didikan agame la tu,tak tau hukum-hakam agame..tak takut azab Allah..tak nampak perkare yang baik,sebab nafsu dah tutup mate deorang.."ujar ibu.
"Kamu belajar la elok-elok..Dalami ilmu agame..Kalo kite dalami ilmu agame,jangan la risau..Insya Allah, Allah akan bagi kebahagiaan dunia dan akhirat pade kite." ibu menasihati aku..
"Tak tau la mase kamu dah besar nanti macam mane..Kalau tak di didik ilmu agame dari sekarang,lagi terok la kot." Keluh ibu.

Aku tetap membisu apabila memikirkan apa yang dikatakan ibuku..Mana pemuda dan pemudi yang hendak menegakkan islam?.Mana pemuda pemudi yang akan memimpin negara?.Mana pemuda pemudi yang akan membimbing umat ke jalan yang lurus?.Mana pemuda pemudi yang akan membina semula empayar islam?.

Memang diberitakan Islam akan menang..Memang diberitakan empayar Islam akan terbina..Tetapi takkan kita hanya menunggu saat itu tiba,sedangkan musuh kita telah meratah anak remaja..Musuh kita telah memimpin remaja untuk menjahanamkan islam..Apa kita hanya mahu dan mampu melihat?.

Fikir-fikirkanlah wahai pemuda dan pemudi..

Friday, June 5, 2009

Kekayaan dan keseimbangan bumi-Harun Yahya


Bumi merupakan planet hidupan di mana pelbagai sistem kompleks bekerja dengan penuh kesempurnaan tanpa henti. Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, terbukti dalam segenap aspek bahawa bumi direkacipta untuk kehidupan manusia. Terbina atas kekayaan keseimbangan-keseimbangan, kehidupan terserlah dalam setiap bintik dari atmosfera hingga ke kedalaman bumi.
Dengan hanya meneroka sebilangan daripada jutaan kekayaan keseimbangan-keseimbangan ini, cukup untuk menunjukkan bahawa dunia yang kita hidup di dalamnya direkacipta khas untuk kita.

Salah satu daripada keseimbangan-keseimbangan penting dalam planet telah tersingkap dalam atmosfera yang mengelilingi kita. Atmosfera bumi mengandungi kandungan gas yang paling sesuai dengan nisbah yang amat serasi yang diperlukan bagi kehidupan bukan sahaja manusia tetapi keseluruhan hidupan atasnya.

77% nitrogen, 21% oksigen dan 1% karbon dioksida serta gas-gas lain tersedia ada dalam atmosfera mewakili nilai sempurna yang perlu bagi kehidupan.Oksigen,gas yang terpenting untuk hidupan membantu pembakaran makanan dan pertukaran kepada tenaga dalam badan kita.

Sekiranya kuantiti oksigen dalam atmosfera bertambah melebihi 21%, sel-sel dalam badan akan mula musnah. Molekul tumbuhan dan hidrokarbon yang diperlukan untuk kehidupan akan turut musnah. Jika kuantiti ini berkurangan kita akan mengalami kesukaran bernafas dan makanan yang kita makan tidak dapat ditukar menjadi tenaga.Maka 21% oksigen dalam atmosfera ialah kuantiti yang sempurna yang telah ditentukan untuk kehidupan.

Bukan sahaja oksigen, lain-lain gas seperti nitrogen dan karbon dioksida juga disusunatur dalam kuantiti yang sempurna bagi keperluan hidupan dan kesinambungan penghidupan.Kuantiti nitrogen di atmosfera mempunyai nisbah unggul untuk keseimbangan kesan bahaya dan kesan pembakaran oksigen. Nisbah ini mewakili nilai paling sesuai yang diperlukan untuk fotosintesis bagi keperluan bekalan tenaga di bumi. Selain itu, kuantiti karbon dioksida yang mengandungi nilai yang sesuai diperlukan untuk mengekalkan kestabilan suhu permukaan bumi dan mencegah kehilangan haba terutama pada waktu malam. Gas karbon dioksida meliputi 1% daripada atmosfera, melitupi bumi seumpama selimut dan menghalang kehilangan haba ke ruang angkasa. Seandainya jumlah karbon dioksida berlebihan, suhu bumi akan meningkat secara lampau mengakibatkan ketidakstabilan iklim dan menjana ancaman serius kepada hidupan.

Perkadaran ini sentiasa kekal, terima kasih kepada suatu sistem yang unggul. Tumbuhan yang melitupi bumi menukarkan karbon dioksida kepada oksigen menghasilkan 190 bilion tan oksigen setiap hari. Perkadaran gas-gas lain sentiasa tetap di bumi dengan bantuan salinghubungan sistem-sistem yang kompleks. Maka kehidupan dapat dikekalkan.

Tambahan kepada pengenalan campuran gas unggul yang dikehendaki untuk kehidupan di bumi, mekanisme-mekanisme yang diperlukan untuk memulihara dan mengekal susunatur ini telah turut dicipta seiringan dengannya. Sebarang kecacatan dalam keseimbangan walaupun singkat atau perubahan nisbah yang berlaku sekelip masa akan memusnahkan seluruh kehidupan. Sungguhpun demikian, ini tidak terjadi. Pembentukan gas-gas dalam atmosfera cukup dalam kuantiti yang perlu bagi manusia dan pemuliharaan tetap nisbah-nisbahnya menunjukkan sebuah penciptaan terancang.

Pada waktu yang sama, bumi mempunyai saiz yang sempurna dalam istilah magnitud untuk menampung suatu atmosfera. Jika jisim bumi sedikit berkurang, daya graviti akan lemah mengakibatkan atmosfera berserakan di ruang angkasa. Sekiranya jisim bumi sedikit bertambah, daya graviti akan menjadi lebih kuat dan bumi akan menyerap seluruh gas dalam atmosfera. Terdapat keadaan-keadaan yang menkagumkan yang tidak terhitung bilangannya yang diperlukan untuk pembentukan sebuah atmosfera seperti dunia kita dan keadaan-keadaan ini perlu wujud bersama bagi membolehkan kenyataan dibuat perihal kehidupan.
Penciptaan kekayaan perkadaran-perkadaran dan keseimbangan-keseimbangan di langit dinyatakan dalam ayat ke-7 Surah Ar-Rahman:
Dia telah membina syurga dan telah merperkenalkan keseimbangan. (Qur'an, 55:7)

Kebanyakan manusia hidup tanpa menyedari kekayaan keseimbangan-keseimbangan dan kebijakan penyelarasan dalam komposisi gas atmosfera, jarak dunia ke matahari atau peredaran planet-planet. Mereka tidak mempedulikan kehebatan akibat daripada keseimbangan dan penyelarasan ini terhadap kehidupan. Walau pun hanya secebis pencapahan dalam sebarang susunan akan mencetuskan masalah yang sangat ketara ke atas kewujudan dan kesinambungan hidup umat manusia.

Terdapat banyak lagi keseimbangan-keseimbangan yang diperkenalkan atas bumi untuk meneruskan kehidupan:
Contohnya, sekiranya graviti bumi lebih kuat daripada nilai semasa, atmosfera akan menampung terlalu tinggi gas ammonia and metana, mengakibatkan berakhirnya kehidupan. Jika lebih lemah, atmosfera planet akan kehilangan air yang terlampau dan kehidupan di bumi menjadi suatu yang mustahil.
Ketebalan kerak bumi menyumbang kepada salah satu daripada kekayaan keseimbangan.Jika kerak bumi bertambah tebal, terlalu banyak oksigen akan dipindahkan dari atmosfera dan akan terjadi kesan-kesan ketara ke atas kehidupan manusia.
Seandai benar kesan sebaliknya iaitu kerak bumi bertambah nipis, aktiviti volkanik dan tektonik akan menjadi lebih besar untuk membenarkan kehidupan di bumi.
Keseimbangan lain yang kritikal adalah aras ozon dalam atmosfera. Jika arasnya meningkat daripada nilai semasa, suhu permukaan bumi akan menjadi terlalu rendah. Jika berkurang, suhu permukaan akan terlampau tinggi dan sinaran lampau ungu akan bertambah besar di permukaan.
Ternyata hanya dengan ketiadaan satu daripada keseimbangan-keseimbangan ini akan menamatkan kehidupan atas bumi. Walau bagaimanapun, Allah telah mencipta alam semesta dengan ketakterhinggaan kebijaksanaan dan kekuasaan dan telah merekabentuk bumi khusus untuk kehidupan manusia. Meskipun nyata, namun kebanyakan manusia hidup tanpa prihatin terhadap kejadian-kejadian ini.
Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan manusia akan kemurahanNya pada ayat ke-13 Surah Al-Fathir:
(Allah) membuatkan malam menggulungi ke dalam siang dan siang menggulungi ke dalam malam, dan Dia telah menjadikan matahari dan bulan tunduk, setiap satu berlari sehingga waktu yang telah termaktub. Itulah Allah, Tuhan kamu. Kerajaan itu kepunyaanNya. Apa-apa yang kamu sembah selainNya tidak memiliki kuasa walau pun ke atas sekelumit zarah. (Qur'an, 35:13)

Cukup dengan memperhatikan pada jutaan planet yang mati di ruang angkasa untuk memahami bahawa kekayaan keseimbangan-keseimbangan yang dikehendaki bagi kehidupan di bumi adalah hasil daripada kebetulan-kebetulan secara rawak. Syarat-syarat yang perlu untuk kehidupan terlalu sukar untuk terbentuk dengan ‘sendirinya’ dan secara rawak dan keadaan-keadaan ini khusus diciptakan semata-mata untuk kehidupan.
Keseimbangan-keseimbangan yang diungkapkan secara ringkas ini hanyalah sedikit daripada jutaan-jutaan ketakjuban, keseimbangan-keseimbangan yang saling bersandaran dan susunatur-susunatur yang telah diperkenalkan agar manusia dapat hidup aman dan selamat di atas bumi.
Menyelidiki hanya sebahagian daripada keseimbangan-keseimbangan dan keharmonian di bumi sudah cukup untuk mensyukuri keperkasaan Allah dan meyakini tanpa keraguan kewujudan ciptaan terancang di dalam setiap inci alam semesta. Tidak ada sebarang kekeliruan, mustahil bagi seorang manusia atau hidupan lain membina sedemikian besar keseimbangan dan susunatur. Bahkan juga mustahil untuk membuat komponen-komponen susunatur tersebut seumpama atom, unsur, molekul, dan gas yang berkeupayaan memperkenalkan satu susunan berasaskan kekayaan perkiraan dan pengukuran yang terlampau hebat dan begitu halus penalaan-penalaannya. Ini kerana aktiviti-aktiviti seperti merancang, menyusunatur, membuat perkiraan, dan menentukan perkadaran hanya boleh diadakan oleh individu-individu yang memiliki kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan kekuasaan. Maha Ketinggian Yang menyusunatur, merancang dan mengimbangi keseluruhan alam semesta untuk secocok dengan kehidupan umat manusia di atas planet umpama bumi dan Yang mengekalkannya dengan kekayaan lakonan ukuran-ukuran dan keseimbangan-keseimbangan ialah Allah, Yang memiliki Ketakterhinggaan Kebijaksanaan, Ilmu Pengetahuan dan Kekuasaan.
Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mereka yang berupaya menyedari hakikat-hakikat ini hanyalah ‘manusia yang memahami’:

Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.” (Qur'an, 3:190-191)

Wednesday, June 3, 2009

Hanya sebiji kurma


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah kemesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma daripedagang tua dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dandibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak dekat timbangan..Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut danmemakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulankemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuahtempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat danberdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikattentang dirinya..

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud danwara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorangpedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.


Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulanini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidakditerima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukanhaknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. .

Ia langsungberkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjualkurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu,tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.


"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu,saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak mudaitu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa sayameminta penghalalan ?".


Lantas ibrahim menceritakan peristiwa ygdialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahliwaris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milikayahmu yang terlanjur ku makantanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Sayatidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak warissama dengan saya."

"Di mana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temuimereka satu persatu.

" Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergimenemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakansebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulankemudian, Ibrahim bin adham sudah berada di bawah kubah Sakhra.


Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakapcakap..

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makansebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudahmakbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilikkurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoransebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang iasudah bebas.


Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuhkita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...

" Semogabermanfaat.Mungkin sedikit perjuangan kita dalam Hidup , hasilnya renungkan sejenak....

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Usrahku..........


Hari-hari yang di lewati begitu pantas sahaja.Sesaat demi sesaat,hari demi hari begitu bersahaja meninggalkan kesan dalam kehidupan.Begitu juga berpindahnya diri ini dari petang kepada petang dari malam meninggalkan malam dan dalam keaadaan pagi kepada pagi kembali.

Tarbiyah adalah usaha yang berterusan dan tidak seharusnya terhenti. Kita seharusnya sentiasa meletakkan diri kita dalam proses pentarbiyahan. Lihatlah nabi Musa a.s. Walau pun telah menjadi nabi dan mendapat tarbiyah dari Allah taala, namun beliau masih terus mencari sesuatu yang bermanfaat bagi pentarbiyahan dirinya. Tidak hina seseorang itu untuk ditarbiyah oleh orang yang lebih rendah martabatnya. Kesabaran adalah kunci utama dalam melalui saat demi saat kehidupan yang di atur oleh Allah kepada hambaNYA yang berkompaskan iman dan taqwa melalui hari -hari penuh dengan tarbiyyah

Ketahuilah para pemuda dan pemudi islam bahawa dalam sejarah kebangkitan islam sesungguhnya para futuwwah adalah peranan yang amat penting di gunakan dari segi kekuatan minda dan strategi di susunkan dengan kejujuran hati yang ikhlas berbekalkan pengorbanan yang tinggi.Sesugguhnya tarbiyyah adalah faktor yang penting dalam menuju kesempurnaan islam.fikir dan runungkanlah!


-fityah10.blogspot.com-

Maafkan Dan Lupakan

Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir.
Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya.
Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.
Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?"
Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."

Dalam hidup ini sering timbul beda pendapat dan konflik dengan suami / isteri, kekasih, adik / kakak, kolega, dll,karena sudut pandang yang berbeda.
Oleh karenanya cobalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Manfaat positif dari continuous relationship mungkin sekali jauh lebh besar ketimbang kekecewaan masa lalu. Nobody's perfect. Belajarlah menulis di atas pasir.


-ikhwan-alfathoni.blogspot.com-

Tuntutlah Ilmu


"Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :Barang siapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu,maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dengan membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya bersama-sama,kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka,rahmat(ALLAH) memenuhi mereka malaikat menaungi mereka,dan ALLAH menyebut-nyebut mereka dihadapan makhluk yang berada di sisi-Nya,dan barang siapa yang lambat amalannya(cacat),maka tidak akn dipercepat mengangkat darjatnya."

(Riwayat Muslim)


Kelebihan Ilmu,,...


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak mengambil kesempatan utk menuntutnya,dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain lalu yang belajar daripadanya mendapat faedah sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa."


Sahabat,

jelas,hadis ini menggalakkan kita supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berguna kepada kehidupan,keagamaan dan keduniaan.

Dengan ilmu pengetahuan yang betul,kita dapat mengamalkan amalan-amalan ibadah yang betul dan sempurna.Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan kita ke dalam bid'ah dan kekeliruan yang boleh merosakkan agama.


Disamping itu,ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhin kita terhadap ALLAH,dan dengan demikian akan meningkatkan darjat kita di sisi ALLAH dihari kiamat kelak.


Hadis di atsa juga menggariskan satu panduan penting iaitu tujuan balajar ialah untuk beramal samada kita seorang pelajar mahupun seorang guru,kerana amalan kita merupakan nilai ilmu dan nilai kita yang berilmu.

Kata pepatah Arab : Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah.

Alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mendapat apa-apa daripada ilmunya sedangkan orang yang belajar daripadanya memungut keuntungan yang abadi..


-fitriey-

Tuesday, June 2, 2009

Islamic Greeting Card