? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 26, 2010

Sajak Akhi oleh Syed Qutb

Syed Qutb (atau disebut juga Sayyid Qutb), salah seorang pejuang besar ummat ini walaupun hanya bertubuh kecil. Beliau bersama sahabat-sahabatnya dari Ikhwanul Muslimun telah di penjarakan pada akhir tahun 1954 oleh Regim Presiden Nasser yang memerintah Mesir pada waktu itu.

Tulisannya yang mencakup memahami Islam secara lebih menyeluruh dalam pemikiran, amalan, aqidah, perilaku, wawasan, jihad dan sikap menyebabkan beliau telah dikenakan hukuman penjara lebih 10 tahun, sehingga akhirnya di kenakan hukuman mati. Apabila hukuman itu disampaikan kepadanya, beliau berkata, “Alhamdulillah. Saya telah melaksanakan jihad selama 15 tahun sehinggalah saya dikurniakan syahid.” (Wright, p. 8)

Sebelum di jatuhkan hukuman gantung, seorang petugas agama seperti biasa mengajarkan beliau supaya boleh menyebutkan kalimah ‘La ilaha illallah’ (bermaksud Tiada tuhan melainkan Allah). Syed Qutb hanya berkata bahawa kerana kalimah ‘La ilaha illallah’ itulah dia dikenakan hukuman mati. Beliau di hukum gantung sampai mati menjelang waktu fajar hari Isnin, 29 Ogos 1966. Beliau tersenyum apabila digantung.

Melalui sajak Akhi (Saudaraku)yang di senandungkan oleh Syed Qutb ketika berada di penjara, seolah-olah ingin mengingatkan kita sebagai pejuang kebenaran sepanjang zaman supaya jangan sekali-kali mengaku kalah. Dalam bahasa mutakhir : Lawan tetap lawan.
Di turunkan di sini terjemahan sajak peninggalan beliau untuk kita bersama-sama hayati:

Akhi

Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu
Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu
Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran
Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu

Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar

Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari bahumu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad?

Sunday, June 6, 2010

Tetamu Allah

   
        Hari ini sangat berbeza dngan hari yang lain. Berbeza cuaca, perasaan, segalanya berbeza. Kali ini saya menulis di Tanah Haram. Alhamdulillah saya sudahpun selesai memunaikan umrah pada hari pertama saya sampai di sini iaitu hari jumaat  4 Jun. di dalam kepala ini macam-macam yang saya hendak ceritakan pengalaman saya dari sebelum hinggalah kami selesai mengerjakan umrah tapi saya tak tahu bagaimana nak cerita dan tak tahu yang mana harus diceritakan dulu. Hari ini saya menumpang di rumah rakan saya Tuan Badrulhisyam Tuan Soh, dia adalah pelajar universiti Umul Qura' Makkah. Kagum melihat kehidupan mereka yang sangat berbeza dengan kehidupan kami pelajar-pelajar Yemen. Mereka tinggal di apartment mewah, berhawa dingin, memiliki kereta, sangat berbeza dengan kami yang serba kekurangan di bumi Iman Yemen.

     Petang nanti saya akan menyambut ibu tercinta di Jaddah yang juga datang untuk menunaikan umrah. Sudah setahun tidak bertemu dan insyallah kami bertemu di bumi wahyu diturunkan ini. Sebelum datang ke sini saya terfikir boleh tunjukkan bakat saya  yang boleh bercakap dalam bahasa arab kepadanya tapi bila sampai di sini saya rase bahasa arab saya kurang berguna kerana arab pulak yang cakap melayu dengan saya, nampaknya saya tak dapatlah nak banggakan diri di depan ibu saya.

     Mungkin setelah saya pulang nanti saya akan ceritakan pengalaman saya di sini dengan lebih detail, tak seronok juga nak tulis lama-lama dengan laptop orang. Insyaallah saya berada di sini selama sebulan. Semoga segala urusan saya berjalan lancar