? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 24, 2010

Amanahkah Kita?

           Sebagai pelajar kita tidak dapat lari dari mengharapkan duit dari ibubapa. Sudah menjadi amanah mereka memberikan kita kecukupan pakaian, makanan, pendidikan dan sebagainya. Merekalah tempat kita mengadu apabila kekurangan kewangan, kalau bukan pada mereka siapalah yang hendak membiayai kita. Biasanya kami yang belajar di sini tidak mendapat mana-mana biasiswa kecuali sedikit dari sumbangan jabatan agama islam negeri. Setiap negeri berlainan jumlah sumbangannya, bagi kami pelajar negeri perak Alhamdulillah mendapat RM 5000.00 setiap tahun tidak termasuk duit tiket kapal terbang selama empat tahun sahaja, ini bermakna jika ada pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan perlu mengulang tahun, mereka terpaksa menggunakan pembiayaan sendiri. Bagi negeri lain saya tidak pasti. Sumbangan dari jabatan agama islam perak akan diberi tunai pada pelajar yang memohon selepas setahun dia belajar di sini. kos permulaan semuanya sendiri. RM5000 yang diberi itu hanya ada lebih sedikit selepas ditolak yuran university. Dari segi perbelanjaan, RM 350.00- 600.00 untuk setiap bulan. Kami setiap bulan menunggu berita gembira tentang duit yang dah dimasukkan. Bertungkus lumuslah si ayah dan si ibu bekerja mencari duit demi melihat anak kesayangannya tidak ketinggalan malah menjadi orang hebat. Kita di sini dengan sms ringkas sahaja meminta duit dari mereka. Mereka pasti akan beri, sudah menjadi amanah bagi meraka.

        Kadang-kadang kita lupa pula amanah kita pada mereka. Setiap sen yang diberi adalah amanah besar! Kemana duit itu dibelanja adalah amanah. Mereka tidak tahu pun bagaimana kita berbelanja, mereka juga tidak tanya, kalau tanya pun kita boleh buat macam-macam cerita dongeng seperti duit hilang ke beli ubat sebab demam ke apa-apa lah cerita rekaan kita, jadi di sinilah kita dapat melihat sejauhmana amanahnya kita. Dari segi lain pula, mereka memberi duit dengan harapan kita belajar dengan baik dan selesa, setiap peperiksaan kita cemerlang, tidak buang masa, dapat gunakan kesempatan di bumi anbia’ ini mendalami ilmu agama dan yang paling mereka harapkan doa dari anak-anak mereka yang soleh.

       Adakah kita amanah pada mereka?  Adakah kita belajar dengan baik? Apakah  masa kita habiskan dengan manfaat? Adakah kita hadir ke kelas setiap hari? Adakah peperiksaan kita cemerlang? Dan adakah kita anak soleh yang sering mendoakan mereka? Kalau jawapannya “ia” Alhamdulillah,kita memang amanah, sejuk perut ibu yang mengandungkan kita Sembilan bulan dan melahirkan kita dengan kesakitan itu, penat lelah mereka bekerja berbayar juga. tapi kalau jawapannya “tidak” kita juga telah Berjaya!! Berjaya menghabiskan duit mereka!! Berjaya merosakkan harapan dan impian mereka!! Berjaya menipu mereka!! Berjaya juga merosakkan diri sendiri!

        Bagi yang amanah Alhamdulillah wa barakallah alaik, teruskan dengan amanah itu jangan sekali memilih jalan yang salah. Bagi yang tidak amanah pula masih belum terlambat, kita ada masa untuk berubah, masih sempat untuk betulkan kesilapan.Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud “setiap anak adam tidak terlepas dari membuat kesilapan dan sebaik-baik kesilapan apabila mereka bertaubat darinya”. Saya sendiri tidak pasti saya ini amanah atau tidak, insyaallah saya akan usahakan untuk menjadi anak dan pelajar yang amanah.tulisan ini untuk mengingati diri ini dan rakan-rakan seperjuangan di bumi Iman ini. Semoga kita di kalangan orang-orang yang amanah. Wallahua'lam
     

0 ulasan: