? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 6, 2010

Usaha dan Tawakkal



     “Assalamualaikum.. Assalamualaikum,” rakan saya yang sedang tidur nyenyak terjaga setelah beberapa kali rumahnya diberi salam. Pintu rumah terus diketuk, “Assalamualaikum!”, rakan saya bingkas bangun dari tidur dan membasuh muka, cepat-cepat dia buka pintu “Waalaikumsalam” terkejut apabila melihat sekumpulan jemaah Tabligh dari Malaysia  di hadapan rumahnya. “Waalaikumsalam, masuk la dulu” jemput rakan saya kepada jemaah tersebut. Sebenarnya dia terkejut kerana biasanya suasana seperti ini berlaku di Malaysia tak sangka pula mereka sampai ke sini.”Siapa nama anta?” Tanya salah seorang dari kumpulan itu,mungkin ketua kumpulan atau jurucakap mereka . “Hakimy” jawab rakan saya. Hakimy sebaya dengan saya, dia sudah empat tahun di sini tapi kerana banyak masaalah dia baru tahun dua di Universiti Yamaniah,  sekarang dia sekali lagi diuji masaalah dan terpaksa pulang ke tanah air. Untuk pulang bukan semudah pulang dari melancung atau pulang ke rumah dari kampong. Turun naik pejabat university, kedutaan, balai polis dan berbagai-bagai lagi cabaran berurusan dengan orang Arab yang memang terkenal selalu membuatkan masaalah kecil menjadi besar, senang menjadi susah dan sekejap menjadi lama. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah tinggal di Negara-nagara Arab. Saya sendiri kurang pasti atas masaalah hakimy tetapi dia terpaksa tangguhkan pengajiannya  mungkin selama dua tahun.“ana bekenan tengak anta“ kata jurucakap yang tadi memulakan perbualan,mungkin dia berkenan dengan janggut Hakimy yang lebat sama seperti mereka juga. Hakimy hanya tersenyum, mereka terus berbual. Jemaah tabligh ini sebenarnya baru pulang dari Makkah mengerjakan haji. Mereka di sini beberapa hari dalam program dakwah dan akan terbang ke Negara lain pula. “jadi boleh tak adik luangkan masa dengan kami beberapa hari semasa kami ada di sini? Kita buat kerja nabi dan rasul, dakwah mengajak manusia kepada Allah, kita buat sama insyaallah, boleh?” “minta maaf sangat-sangat saya bukan taknak tapi saya ada urusan yang perlu di buat, saya nak balik Malaysia dalam masa terdekat ni jadi perlu siapkan banyak perkara” hakimy cuba menolak permintaan mereka dengan baik. “adik jangan lupa, barang siapa yang bantu agama Allah, Allah pasti membantu mereka dalam urusan dunia mereka, betul tak? Adik sendiri belajar agama” jurucakap itu mengelurkan dalil. “ betul tu, dulu masa abang di UK abang nak keluar 40 hari dakwah, jadi abang siapkan teasis master cepat-cepat dan hantar, lagi beberapa hari nak keluar 40 hari tu Dr abang cakap teasis abang ada masaalah. Abang pening kepala masa tu, kalau nak siapkan teasis tu makan masa dua tiga bulan juga jadi tak dapat la abang keluar pada tarikh tu, isteri abang masa tu suruh abang pergi je keluar 40 hari insyallah nanti Allah bantu kita. Alhamdulillah bila abang balik dari keluar 40 hari semuanya dah settle”. Sampuk salah seorang dari mereka. “kita hidup ni mana boleh nak mengharapkan Allah untuk selesaikan tanggungjawab kita, mana boleh kita tinggalkan kerja kita tu untuk Allah selesaikan. Dalam quran pun Allah perintahkan nabi dan para sahabat supaya membuat persiapan senjata yang baik-baik, kuda yang gagah untuk berperang dan allah akan beri kemenangan. Dalam ayat ini Allah perintahkan kita untuk berusaha kemudian kita tawaqkal, sedangkan Allah maha kuasa dan Allah boleh beri kemenangan kepada ummat islam tanpa mereka berusaha” balas hakimy sedikit mengajar tentang konsep tawakkal. “adik ingat tak kisah nabi Ibrahim dengan anak dan isterinya, Allah perintahkan supaya nabi Ibrahim tinggalkan mereka di tanah yang gersang tanpa ada air dan sebarang makanan. Nabi Ibrahim bimbang dan Allah memberi tahu sesungguhnya Allah lah yang memelihara anak dan isteri kamu.” Sampuk lagi seorang seolah-olah mahu mematikan hujjah Hakimy. Hakimy mengangguk kepala dan terus menyambung “ betul, tapi cerita abang tu tak habis, tergantung!! Abang jangan lupa bagaimana Siti Hajar berlari-lari di antara Sofa dan Marwah mencari air untuk anaknya nabi Ismail yang menangis kehausan. Abang- abang semua pun baru balik dari hajji sampai hari ni kita di syariatkan untuk berlari-lari anak sebangai tanda mengingati sejarah Siti Hajar. Persoalannya kenapa Siti Hajar berlari mencari air? Sedangkan iman dan keyakinannya pada Allah tinggi, Allah pasti akan beri dia sesuatu untuk terus hidup, tapi mengapa dia berlari mencari air di antara Sofa dan Marwah ternyata sebagai tanda usaha dia!! Kemudian barulah Allah keluarkan air dari bekas hentakan kaki nabi Ismail.” Nada suara Hakimy sedikit tinggi. Salah seorang dari jemaah tersebut ada seorang arab Yaman yang terpinga-pinga tidak faham dia menyangkakan Hakimy sedang marah, trus dia memotong “laish?” (kenapa ni ) Hakimy menerangkan pada dia dalam bahasa arab “ kamu sendiri tau bagaimana susahnya berurusan disini betul tak?” Tanya Hakimy, “betul tu, kamu seharunya utamakannya dulu dan itu lebih utama bagi kamu”  nampaknya berbeza fikrah antara orang tabligh Malaysia dan Yaman, orang Yaman mereka lebih terbuka dan memahami konsep usaha dan tawakkal. Banyak orang kita masih tidak faham tentang ini, sebab itulah ada sebahagian dari kita beranggapan segalanya kita serah pada Allah bulat-bulat dan bila ada sesuatu masaalah semuanya tunjuk pada Allah, bila dia memandu dengan cuai dan berlaku kemalangan dengan mudah menyalahkan Allah, bila gagal periksa sedangkan malas belajar mudah sahaja alasanya “sudah ditakdirkan Allah” memang benar segala qada’ dan qadar sudah tertulis tapi lupakah kita Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubahnya. Jika yakin Allah akan bantu, kita juga mesti usaha sekuat keyakinan kita kerana usaha memang syariat kita. Sebahagian dari kita pula ada juga yang berpendapat merekalah yang menentukan masa depan mereka tanpa sedikit pun berlapitkan Insyaallah. Kita disuruh berusaha kemudian berserah pada Allah setelah habis ikhtiar dan kita berdoa supaya apa yang kita usahakan itu berjalan baik, contohnya bila kita sakit kita berusaha mencari ubat walaupun kita tahu Allah yang menyembuhkan kemudian kita berserah dan doa supaya disembuhkan penyakit. Jangan kita berserah tanpa mencari ubat dan jangan pula kita yakin bahawa ubat 100% yang menyembukan. Salah faham dalam konsep ini sangat bahaya kerana ia melibatkan aqidah kita. Waallahhu’alam.

Thursday, December 10, 2009

Nasihat buat saudari





          Kenapakah sungguh lemah kaum hawa itu??
         Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja….


Bukan wanita itu lemah dek tangisan dan sendunya.
Tetapi disitulah kekuatan yang bisa  menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunyalah Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun
Lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata


        Namun  bukankah wanita itu fitnah dunia??


Pernahkah saudari dengar pesanan Ilahi kepada hambanya
 “wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu”
 Cuba saudari nilai
 Pada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
 Pada hamba yang bergelar ar-Rijal
 Kerana andai lelaki menjaga pandangannya 
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah bagi dirinya
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya…..
Sesungguhnya wanita yang beriman, 
yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh


        Kenapa wanita itu menjadi peragaan??   
        Tidakkah mereka merasa malu??


Al-haya’ (sifat malu) ada dalam sifat setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insan
Dan al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri
Namun bila al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri jadi pergaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi
Wanita  solehah pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
1001 keindahan penciptaan wanita, diatas dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
Janganlah dikau gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu….
Janganlah sekali-kali engkau merendahkan dirimu…
Menggugurkan diri… Menyembah bumi…
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu.....
          

Thursday, November 26, 2009

Rindukan umi

                     Saat ini saya benar-benar rindukan keluarga terutama umi, mungkin kerana emosi aidil adha. Mereka juga begitu agaknya. Kami berhubung hanya mengunakan ym kerana kos untuk menalifon sangat tinggi ada juga yang murah tetapi menyakitkan hati sahaja, mereka dengar suara saya tetapi saya tidak dengar suara mereka dan kadang-kadang sebaliknya pula. Umi orang lama, orang kampong pula tu memang tidak berapa pandai mengunakan computer bahkan mengunakan henset hanya pandai call dan massage sahaja. Hanya model nokia jenis n1110i yang dia boleh guna kalau bagi jenis selain dari itu dia pasti akan garu kepala. Teringat masa mula-mula dulu ketika umi baru hendah belajar menggunakan henset, kami adik beradik hampir-hampir putus asa untuk mengajar, umi juga hampir- hampir putus asa untuk belajar. Saya akan ketawa seorang diri  bila ingatkan gelagat umi ketika itu. Kami adik beradik tidak ada yang terkecuali mendapat massage kosong dari umi ketika dia belajar menulis massege. Kali  ini umi sekali lagi terpaksa belajar menggunakan teknologi untuk berhubung dengan saya yang jauh di timur tengah ini. Saya tidak tahu bagaimana  kakak saya mengajar umi sehingga boleh mengunakan internet untuk berhubung dengan saya. Mungkin kerana kakak saya seorang guru dan dia tahu teknik-teknik mengajar, tetapi saya tidak dapat bayangkan bagaimana lucunya umi belajar mengunakan komuter. Beberapa hari yang lalu umi beli wabcam supaya saya dapat melihat umi dan keluarga tercinta tapi malangnya wabcam itu belum boleh digunakan sampai hari ini kerana line yang bermasaalah. Saya pernah Tanya umi “ umi rindukan Ja tak?” “rindu, umi tido sekarang guna selimut Ja, lepaslah rindu sikit kat Ja” jawab umi. Saya baca teks ym itu dengan kepiluan, betapa rindunya umi kepada saya.  “umi tak menyesal ke hantar Ja belajar sini? sebab kos kat sini tinggi, belanja bulanan Ja 400 ringgit”  “ja jangan risau pasal duit, rezki Allah Taala bagi” jawab umi, sekali lagi rasa pilu dan ingin menangis tetapi saya ini jenis lelaki sejati yang susah sangat untuk keluarkan air mata, yang hairannya saya boleh menangis bila menonton drama korea atau jepun yang sedih. Pernah juga saya bertanya  “umi nak Ja jadi apa? Jadi ustaz ke?” “jadi apa pun tak apa asalkan Ja jadi orang berguna.” Jawapan-jawapan umi selalu bagi saya terharu, “insyaallah tahun depan umi bela anak cikgu tiga orang, duit upah tu umi nak simpan untuk tambang Ja balik Malaysia.” Tidak ada kata yang layak untuk saya balas teks umi itu dan saya terus bertanya tentang hal yang lain. Umi banyak bekorban untuk kami anak-anaknya. Saya sangat merindui umi, tidak sabar rasanya mnunggu pulang ke tanah air, akan saya peluk erat tubuh tua umi melepaskan rindu yang mendalam. kepada umi serta adik beradik di tanah air selamat menyambut aidil adha.  Terima kasih Allah kerana anugerahkan umi kepada saya 



Wednesday, November 25, 2009

Saye bangge - kisah benar

Assalamualaikum wbt....
Nie saye nak cite sikit...Satu cite yang membuatkan saye rase bangge..
bunyinye macam tak elok,yela membangge diri..tapi jangan salah sangke...bace dulu...
macam nie citenye........

Petang semalam saye cadang nak p main kude,tapi tak jadi sebab tibe2 ade orang mintak tolong
buat urusan rumah..Tak pe la,saye pon p la uuskan.
Urusan tu pun siap time nak dekat maghrib..Lepas selesai semuenye,saye pun p ke satu pekan yang
bernama Hail..Pekan nie ,kalo orang pempuan pegi,mungkin susah nak ajak balik..Saye yang laki2 nie pun dah macam nak gile tengok barang2 kat situ..
Tapi tujuan saye p pekan tu bukan nak beli barang2..Tujuan saye datang kat situ jz nak makan je...
rindu kat murtabak...tapi tak macam murtabak kat Malaysia la..
Nak tengok ??? tengok kat bawah nie.....



Nampak sedapkan ????boleh la,tapi gaam banyak sangat....Masin tahap gaban..hehe

sedang dok enak mengunyah murtabak nie,tibe2 je kawan yang dok kat depan saye cakap
"persona  mempesonakan" n die tunjuk ke arah belakang saye..saye pon tengok la ke arah belakang.
nak tau saye nampak ape???Bukan pempuan ...jangan salah tafsir..husnu zhon sikit...saye nampak kete....





saye nampak kerete buatan Malaysia..Proton Pesona...alangkah banggenye saye ketike tu..huhu..
terus saye tangkap gambar nie..Bangge menjadi Anak Malaysia..huhu..
Ni pon tangkap curi2...jenoh cover line..semue orang tengok....tapi sebab teruje,saye tak kire ape...
saye nekad nak tangkap gambar nie..tu je la citenye..so,sekarang anda dah tau ape yang saye banggekan kan???
Haaaa,,,,tu le citenye...pendek kate,,Cintailah negare kite...

k..roger...
Assalamualaikum....

Sunday, November 22, 2009

kepuasan menulis

         Saya sebenarnya bukan orang yang pandai menulis, Idea slalu tidak ada, ilmu jauh sekali,bahasa kadang-kadang tunggang langgang. Suatu petang kira-kira sebulan yang lepas saya duduk di depan laptop konon-konon hendak menulis sesuatu, tapi tak tahu nak tulis apa, saya terfikir “kenapa saya menulis? Kenapa saya buat blog? Apa yang saya nk sebenarnya dengan blog saya itu? dan paling penting ada kah orang yang baca hasil tulisan saya? Kalau ada yang baca sekalipun adakah mereka dapat apa-apa input dan manfaat dari tulisan orang yang jahil ini.  Saya sebenarnya tak layak pun untuk menulis bahkan bakat pun tiada,  ada hati nak jadi blogers” bisik hati kecil saya dan tiba-tiba rasa malu sendiri.Saya tinggalkan laptop dan persoalan begitu sahaja dan terus mencari aktiviti lain untuk saya lakukan pada petang itu.Beberapa hari yang lepas, saya dan tiga lagi rakan minum asir (jus) di warung berdekatan dengan tempat tingal kami. Di yaman ini memang terkenal dengan minuman asir, dimana-mana sahaja asir dijual dan rasanya sangat enak. Kami berempat minum dan berbual macam-macam topic.Salah seorang rakan saya menceritakan tabiatnya yang agak pelik dan pertama kali saya dengar dalam 22 tahun hidup ini.Apa tabiatnya? Dia berceramah seorang diri dengan mp3 milik dia dalam bahasa arab untuk melatih berceramah selain memantapkan bahasa arabnya. Dia juga meniru gaya berceramah syeikh kegemaranya iaitu syeikh Qadi Amroni salah seorang syeikh yang mashur di sini. Kenapa perlu rakam ? untuk melatih bahasa arab dan ceramah tidak perlu rakam, betul tak? tanya saya kepada rakan tersebut. Saya dan dua lagi rakan diam menunggu jawapan si penceramah mp3 itu. Ada beberapa jawapan yang dia bagi tapi saya tidak ingat semuanya, antara jwapan ialah:
1.      Sebangai kenangan untuk diingati selepas pulang di tanah air nanti
2.      Untuk melihat kelemahan dan memperbaikinya
3.      Untuk melihat prestasi Arab dan ceramah

         Saya menyimpulkan jawapan itu bahawa rakan saya membuat rakaman untuk kepuasan diri. Hari yang sama juga saya telah mendapat jawapan bagi persoalan yang tidak saya jawab kira-kira sebulan yang lalu. Saya menulis blog ini untuk kepuasan diri, tidak kira orang baca atau tidak, memberi manfaat kepada pembaca atau tidak yang penting saya lakukan untuk kepuasan diri dan melatih diri untuk saya menulis. Selepas mendapat jawapan ini, tidak ada alas an untuk saya tidak menulis. Saya akan menulis dan terus menulis kerana cita-cita saya dalam penulisan ini amat tinggi. Azam saya tahun depan saya mampu menterjemahkan kitab-kitab Arab ke dalam bahasa Melayu, dan selepas itu saya sendiri mampu mengarang. Alhamdulillah saya ada seorang kakak yang sangat berpengalaman dalam penulisan dan pernah bekerja beberapa tahun di karangkraf sebagai aditor sedia memberikan tunjuk ajar kepada saya. Sebelum ini saya menulis dengan gaya tulisan yang tidak formal tetapi dia nasihatkan saya untuk menulis dengan formal bagi membiasakan diri. Saya ambil nasihat dia untuk tulisan ini dan akan datang Insyaallah.............

Tuesday, October 20, 2009

Perjalanan Menuju Firdaus

        Alhamdulillah, kita sudah pon merayakn aidilfitri sesudah bermujahadah sebulan berpuasa.
tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, ini kerana sy dan rakan-rakan seperantauan merayakan hari lebaran ini jauh dari tanah air,jauh dari keluarga dan saudara-mara
        Alhamdulillah belum sampai pon tiga bulan sy berada di republic yemen ini tp mcm2 pnglmn yang berharga sy dpt.Disini ada satu pngalaman yang isngin sy kongsikn kepada rakan2.Mungkin sedikit sebanyak dari pngalaman sy ini dapat menaikkan semangat jihat di kalangan rakan2 seagama
      10 hari terakhir ramadhan yang lalu sy dan beberapa rakan yg juga student Malaysia pergi iktikaf di sebuah masjid utk mendptkn lailatulqadar.Ini adalah rutin tahunan setiap kali akhir ramadhan yang telah di aturkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA).
seramai 4 org pelajar Malaysia termasuk sy menaiki bas mnuju ke masjid yg telah di pilih oleh persatuan untuk kami .Sampai je kt sane kami disambut meriah olh jemaah di situ..
ada 20 org sume kt masjid 2 trmasuk kami..4 org dr malaysia, 2 org dari us,
sorang dr canada, sorng dr mesir, dua dr palestine n selebihnya org yaman sndri...
ringkaskn cerita, esoknye hari jumaat, kami solat jumaat mcm biasa.
slps solat, ada 3 orang jenazah yg perlu di solatkn..ape yg peliknya
sume org berlumba2 untuk solat dan angkt jenazah  itu untuk bwk turun ini kerana masjid itu dua tingkat, smpai ada yg bergaduh2, yg jatuh2 smata-mata utk angkt keranda 2...
hehe sangat pelik, sy tergamam.Sy fikir ini memang budaya orang arab barang kali,
namun dalam kepala ini tetap pelik melihat gelagat mereka.Sy cuba ringankn mulut bertanya kepada orang tempatan walaupon dalam keadaan bahasa arab yang sangat melucukan.stlh bertanya barulah sy tahu itu adalah mayat syuhada yg gugur syahid berperang dgn khabilah dr Syiah..smoga mreka d temptkn di Firdaus...
         Setiap hari pasti ada saje mayat syuhada yang akan  kmi solatkn.Untuk pengetahuan, peperangan ini telah berlansung selama hampir 5 tahun dan jumlah keseluruhan yang gugur sama ada dari pihak tentera kerajaan(sunnah) mahupun dari pihak musuh iaitu khabilah Syiah sy sendiri tidak tahu walaupun puas sy mencari jwapannya, mungkin angkanya mencecah belasan ribu, itu cume MUNGKIN ok hehehe
         Sesungguhnya para syuhada sekali-kali tidak mati, mereka hidup disisi Allah.Ape yg sy fikirkn ialah hidup ni pasti akan menemui kematian.Allah beri kita peluang  untuk kita pilih sebaik-baik cara kematian iaitu jihad fi sabilillah.Allah ingin membeli jiwa dan harta orang2 mukmin dengan bayaran syurga.Wallahi tidak ada perniagaan yang lebih untung dari perniagaan yg mana bayaranya syurga dan kita bersenang lenang di dalamnya selama-lamanya.
        Berbahagia dan beruntunglah mereka yg  mendapat syahid dengan darah yang berbau harum dan dihormati oleh seluruh para malaikat yang mendoakan mereka.Ada 1 hadis sy dngar barang siapa yg mati tanpa ada dlm dirinya cita2 utk mati syahid berperang di jalan allah maka matinya salah satu dr cabang2 munafiq.Semoga kita terpilih sebagai pejuang agama yang gagah berdiri bak panglima Khalid bin al-Walid menentang musuh-musuh agama laknatullah.

 
        Sama-sama kita ambil pengajaran dari pengalaman sy ini ok?? Wallahu alam

Wednesday, October 7, 2009

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.

Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.

Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.




Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu....hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.

Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. . "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap.

Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ.

Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia... itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. "

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.

Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.

Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : "Mmm...sedap. ." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.

Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33; " (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.

Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.

Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.




Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...


"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).


-iluvislam.com