? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, September 1, 2009

Peringatan untuk semua...

Al-Kisah...! !!!
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris..
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia . Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia ..
Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura... Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan..
Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60..00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).
Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12...6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.
Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak).. Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah.
Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
1 Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.
Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris..
Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walausatu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......

.maha suci Allah. ALLAHUAKHBAR. ...ALLAHUAKHBAR. . ..

Mengempang atau Menahan???

Minggu lalu saya dan seorang kenalan rapat berbincang tentang persediaan menghadapi bulan puasa. Perbincangan tidak tertumpu pada persediaan perbelanjaan mahupun menu masakan berbuka atau bersahur, tetapi lebih kepada usaha untuk meningkatkan kualiti puasa – daripada puasa orang awam ke tingkat puasa orang soleh (setidak-tidaknya). “Puasa ertinya menahan. Bulan puasa ialah bulan menahan. Apa yang kita tahan?” Tanya sahabat saya. Saya kira dia hanya ingin memeriahkan perbincangan. Kedudukannya sebagai ustaz tentunya sudah arif tentang segala puasa dan selok-beloknya. “Menahan nafsu. Nafsu yang menjadi punca kejahatan dalam diri,” jawab saya ringkas. “Nafsu tidak boleh dihapuskan. Tetapi perlu dikawal. Dan syarat pertama untuk kita dapat mengawal sesuatu ialah kita mesti mampu menahannya terlebih dahulu.” “Bila kita mampu mengawal nafsu, barulah kita mampu mengawal diri.” “Mengawal nafsu seperti mengawal kereta, kita mesti ada brek. Dengan brek kita boleh berhenti. Tapi bila brek sudah rosak atau haus, maka kereta akan meluncur hingga terbabas.” “Benarkan puasa kita selama ini sudah berfungsi sebagai brek pada nafsu kita? Benarkan puasa kita sudah menahan? Atau sekadar mengempang? tanya saya. “Maksud awak?” “Siang kita mengempang nafsu makan, bila berbuka kita lepaskan semahu-mahunya. Jika demikian, puasa kita bukan melemahkan kejahatan nafsu, malah melatihnya agar lebih kuat hingga menjadi jana kuasa,” jelas saya. “Betul tu, selalunya apabila bulan puasa, makanan yang disediakan untuk berbuka jauh lebih enak, lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain. Itu mengempang nafsu, bukan menahannya!” “Belanja dapur bertambah daripada biasa. Nafsu tidak terdidik. Hati pula menjadi resah. Fizikal lembap. Tujuan puasa tidak kesampaian. Rugi dunia, rugi akhirat.” “Jadi mulakan langkah meningkatkan puasa dengan biasa-biasa sahaja sewaktu berbuka. Percayalah, bila lapar, kita lebih berselera. Hanya nafsu sahaja yang merasuk bukan-bukan. Nak itu, nak ini.” Utamakan “Jangan” Dalam pergaulan kita dituntut supaya lebih utamakan “jangan”daripada “suruh”. Misalnya: Jangan mengumpat lebih utama daripada memberi nasihat. Ertinya, jika kita tidak mampu memberi nasihat kepada seseorang tidak mengapa, tetapi yang lebih utama jangan mengumpatnya. Jika tidak dapat membantunya, tidak mengapa asalkan jangan menyusahkan. Tak mengapa jika tidak dapat memberi asalkan jangan mencuri. Begitu saya dengar melalui pengajian tafsir Al-Quran tentang pergaulan dalam Islam bulan lalu. “Saya rasa dalam puasa pun begitu juga,” luah saya kepada sahabat sepengajian. “Maksudnya, jangan buat lebih utama daripada suruh buat?” “Saya rasa begitu. Tapi nanti kita tanyalah kepada yang lebih arif. Tetapi dalam Ihya’ Ulumuddin jelas dinyatakan, meninggalkan mengumpat pada siang hari lebih utama daripada solat sunat pada malam hari atau qiamullail."“Dan itu sinonim dengan sebuah hadis yang menjelaskan betapa seorang wanita dikatakan ahli neraka, walaupun banyak solatnya pada malam hari dan banyak puasanya pada siang hari kerana lidahnya selalu menyakiti hati jirannya,” tambah sahabat saya. “Hairan, walaupun pada bulan puasa begitu ramai orang yang solat tarawih dan membaca Al-Quran, tetapi persaudaraan dan perpaduan di kalangan kita tidak bertambah kukuh,” balas saya seolah-olah menukar hala perbincangan. “Apa kaitannya antara tarawih dengan perpaduan, baca Al-Quran dengan persaudaraan?” tanya sahabat saya. Dia faham perubahan saya. Sudah lama kami bersahabat. Dia selalu melihat saya mengubah “rencah” tanpa mengubah kuah. “Bersolat, membaca Al-Quran itu meningkatkan iman. Apabila iman meningkat, ukhuwah secara automatik akan meningkat. Iman dan ukhuwah terhubung secara berkadar terus. Jika ukhuwah bermasalah itu petanda iman juga bermasalah.” “Kenapa agaknya? Solat tarawih dan baca Al-Quran pada bulan puasa tidak meningkatkan iman dan persaudaraan?” “Sebab kita terlupa perkara “jangan”. Banyak perkara “jangan” yang kita buat walaupun pada masa yang sama banyak perkara “suruh” yang kita laksanakan.” “Maksudnya?” “Banyak baca al-Quran tetapi mengumpat kita buat juga. Banyak solat, tetapi hasad dengki terus dilayan. Banyak yang sunat-sunat kita buat, tetapi pemarah, prasangka, malas terus kita ikutkan.” “Jadi kau rasa elok sahaja kita tinggalkan ‘jangan’ walaupun tidak buat apa yang disuruh?” “Jangan pula begitu… kita bercakap tentang usaha meningkatkan puasa. Ya, cuba kita tingkatkan puasa tahun ini dengan meninggalkan perkara ‘jangan’ di samping membuat perkara ‘suruh’!” Bergaduh Pasal Moreh Percaya atau tidak, ada ahli jemaah masjid yang berkrisis kerana berebut giliran buat kenduri moreh. “Tak patut, dia ambil malam jumaat. Sedangkan saya dah booking dulu. Ah, mentang-mentanglah dia ada pangkat, ada duit, giliran saya dikebasnya. Entah-entah AJK masjid pun dah bersubahat sama.” “Tenanglah Pak Haji, niat dan usaha Pak Haji telah dinilai oleh Allah. Memberi makan orang berbuka puasa ini sangat besar nilaiannya di sisi Allah.” “Sebab tu saya nak malam Jumaat. Lebih berkat. Malah lebih ramai ahli qariah kita yang dating. Ni saya dapat malam Selasa, orang kurang. Kalau dapat malam minggu, kira OK juga.” “Sabar la Pak Haji. Kami semua faham hasrat Pak Haji tu. Lagipun belum tentu malam Selasa tu tak ramai orang. Kadang-kadang mengejut sahaja musafir dan pekerja-pekerja asing dating berbuka di masjid kita ni.” “Saya tak mahu musafir. Saya tak hendak pekerja-pekerja Bangla, Pakistan yang ramai…Saya nak orang tempatan makan kenduri saya.” “Eh Pak Haji, yang paling utama kita berikan makanan bukankah orang yang lebih memerlukan? Musafir tu orang yang penat. Berhenti rehat dan solat. Kekadang kurang belanja atau tak sempat beli makanan, eloklah dia makan kenduri kita. Pekerja asing tu, kekadang lebih susah dan melarat. Bagus kalau kita menolong orang yang susah.” “Mereka tu mana kenal saya? Saya nak orang qariah ini, itu lebih utama. Musafir dan pekerja asing ni siapa? Saya tak kenal mereka, mereka tak kenal saya.” “Yang penting mereka saudara kita. Allah kenal kita semuanya Pak Haji. Puasa mengajar kita ikhlas. Ia ibadah paling tersembunyi, kita curi-curi makan atau sembunyi-sembunyi minum pun orang tak tahu. Allah sahaja yang tahu, tidak seperti solat, haji dan zakat, orang Nampak kita lakukannya. Usahlah bergaduh kerana nak buat baik Pak Haji…” Itu cerita benar, tahun lepas saya alaminya. Tahun-tahun ini kita akan dengar cerita yang serupa walaupun dalam versi yang berbeza. Betapa agama menjadi ritual yang kosong makna. Masih ramai yang “menyembah” diri dalam sangka menyembah Ilahi.

-iluvislam.com

Cukup lama,,,,,,

Semenjak aku sampai ke bumi barakah nie,sekali je aku sempat post....
Lame sangat tak post bahan ke dalam blog nie..
Nak kate sibuk,tak la sibuk sangat...
Tapi aku lebih banyak bagi komitmen kat Yahoo Group sampai terbiar blog nie..
Insya Allah,mule dari skang nie aku akan bagi komitmen yang same rate pada kedua2nya...
Insya Allah aku akan cube apa yang termampu....

Friday, July 24, 2009

Tag Dari Sahabat,.,.

Assalamualaikum,,

Sebulan yang lepas sahbat saya,Hairul Zairi (is) dah pon tag saya dengan beberapa soalan..so,ini adalah jawapan dari saya,,,
Saya harap agar "is" berpuas hati,.,.,.,.,.,.


macam nie citenye "is"

1. mase umor 4 tahun rasenye,aku pernah bergaduh dengan anak jiran aku,,lame tak jumpe die,,asalnye mcm mane ek??tak brape ingat,pe yang aku ingat die dengan kawan die bawak kayu nak pukul aku.,Sebelum die nak pukul aku,die "sound" dlu,.Mase die sound tu,aku ketok kepale die dengan kayu,,die pon menangis n balik bagi tau mak die,,Cuak jugak,,tapi mak die ok,,,,selamat aku,,,,hehehe,,lawok leeee,,,

2.masuk darjah 1...SK HAJI MAHMUD....time kat sekolah,aku suke jalan2 keliling sekolah,,,maklumla budak baru..kat dalam kawasan sekolah tu ade rumah kosong,budak2 panggil rumah hantu...kawan aku ajak masuk,tapi aku tak berani,aku tunggu kat luar...aku pon nak duduk kat tayar hiasan..baru nak duduk,ade batu besar n tajam jatuh kat kepale aku,.ade budak india main baling batu,,aku pegang la kepale aku,tegok ade darah, ape lagi aku menangis la p cari cikgu,,tapi yang sedihnye,cikgu tu tak bagi aku balik,,,

3.masuk darjah 2...kire dah senior jugak laaaa,,,,kat sek agame,aku jadi ketue mat beskal mase tu,,,ramai anak buah aku,,,, time rehat je,terus p cari beskal,tak sempat makan,,aku bawak anak buah aku round satu sek,,,yang lawoknye,,,sume ikut plak tu,,,,heeeeyyyyy,,,tak boleh lupe kenangan waktu mude dulu,,,,

4. Masuk darjah 3...bulan 8 abang aku p mesir sambung belajar..time p hantar abg aku tu,tak tau nak cakap laa sedih nye,,,,rase nak ikut die jee,,tapi tak boleh...time abg aku kat sane,die ade la talifon,nak ckp ngan aku,,aku baru pegang ganggang talifon tu,aku dah menangis,,,sedih n rindu,,skang nie aku pulak....rindu kat family,,,semoge semue sihat n diberkati ALLAH....

5. Kat sek agame,aku kene lantik jadi ketue pengawas....lawak laa,,,dari ketue mat beskal,terus naik jd ketue pengawas,,,,ust silap pilih kot mase tu,,,tapi aku tetap jalankan tugas sebagai ketue mat beskal,,ye la mase tu tak boleh bawak moto,,,

6. Nie pon lawak jugak,,,satu petang tu,aku n family p ke rumah opah sedare aku kat chemor,pak sedare aku yang sorang nie kuat melatah,,tak pe laaa,,,time die sembang dengan ayah aku,makcik aku bleh "cuit" pinggang pak sedare aku tu,ape lagi,naik la tangan pak sedare aku tu ke pipi ayah aku,,aku rase nak je belasah die sebab buat kat ayah aku macam tu,,tak lame lepas tu aku jalan sebelah pak sedare aku tu nak p dapur,,entah macam mane tanpe aku sedari,tetibe je tangan die hinggap kat pipi aku..mule2 aku senyum,lepas 3 saat air mate aku keluar,terus nangis,,sakit oooo,,,tangan die dah la besar,,,mujur aku tak belasah die,,kalo tak,tak tau laaa...

7. time darjah 6,.,.nie kes gaduh jugak,,,aku main ketok2 pintu kelas,time beratur nak masuk kelas,nak buat lawak la konon,,maklumla bdk pmpuan pon ade,,takpe laa,,,elok aku tengah main sensorang ade kawan aku nak join,aku pon bagi die join,aku main ketok pintu,yang die main ketok perut aku,,aku pon naik angin laa,,,aku tumbuk die,die tumbuk balik..last skali die tumbuk kat muke aku,tersembul keluar aku punye gigi,,senang keje,cadang petang tu nak p klinik nak cabut gigi,,,time gaduh tu,Ustaza Mek Ros nampak kene la masuk pejabat,,,kene sound ngan ayah budak tu,,ayah die cikgu disiplin sek aku tu,,,nasib tak kene rotan..buas mase kecik dulu,,,

8.time kat sek agame plak aku kene sound ngan ayah budak darjah 3,,,asalnye ust suruh aku jage kls budak tu sebab ust ade meeting,,aku jage la,,,yang budak tu bising,aku pon dende la die,,duh diri atas kursi,.,.tengok2 pagi esok die bawak ayah die datang n sound aku,,,ust takde plak tu,,,,kene la terime,,,,

9. aku kalo kat rumah suke bangun lambat,,kalo mak aku gerak,memang tak "ngombeng" la bak kate orang Perak..tapi kalo ayah aku,sekali je die gerak..tu pon die gerak dari ruang tamu je,,,terus bangun,.,. takut,,,,

10. time darjah 6 tu aku pernah p camping pengakap...ade aktiviti jungle tracking,,p la...time kat sungai,ade budak cine jatuh,yang kawan aku sorang nie gelakkan budak tu,tak lame lepas tu die pulak jatuh,cien tu ape lagi,balas dnedam laa....die gelak perabis kat kawan aku nie,,,dari sungai tu nak naik ke darat kene naik bukit,so orang atas kete bantu laa,,gune kayu,,de sorang budak pmpuan nie dah naik ke ats n die kene bantu kami yang kat bawah nie,pe lgi aku n kwan aku pon berebut la nak di bantu oleh budak pmpuan tu,,yang syoknye aku menang n budk pmpaun tu tlong aku,kawan kau sume marah....syoknye,,,,,mase kecik,,sekarang dah tau hukum-hakam...

11.time cuti sek,aku dok umah makcik aku kat KL,.,.die takde anak laki2,..tu y die suke bile aku datang...dok la kat sane dari sya'ban sampai ramadhan,.,.satu hari,pakcik aku bawak p Masjid Kg Melayu,p amek bubur lambok...aku datang awal,dapat la dok kat depan,,tibe2 ade orang pegang kepale aku dari belakang,bau busuk pulak tu..aku tengok la orang tu,rupe2nye orang gile,,,aku pon siku perot die n lari laaa....terpakse baris kat belakang,,last pulak tu....kesian orang tu,,,aku bukan saje2 nak siku die,tapi dah keadaan memakse...sory..aku harap die maafkan aku..

12. ade satu hari tu aku n kawan aku p kat kawasan perumahan yang tak siap,,,p naik moto kawan aku,,,kami parking kat sebelah longkang besar,,tibe2 ade budak mude keluar dari rumah kosong,die kejar kami gune parang...yang kawan aku kat atas moto,aku dah turun...ade ke patut kawan aku pecut ngan moto die n tinggalkan aku,,,dah jauh sikit baru kawan aku berhenti amek aku..jenoh aku berlari kejar koto die...tak patut betul laaa,,,,,

13. rumah aku depan padang bola,.,.petang2 ramai la orang main bola.,.n tingkap rumah aku n jiran selalu pecah kene bola sesat...ade satu hari tu,jiran aku dah tak tahan,die sempat tangkap bola de satu group nie.,.pakcik tu p amek pisau,die kate kat budk2 bola tu"kalo kome nok bola nie,maghi datang sini"..budak2 tu pon datang laaaa...nak tau ape pakcik tu buat????
pakcik tu potong bola tu n bagi kat budak2 tu,.,.lepas tu tak de orang main bola dekat depan rumah kami,.,.jauh sikit ade laaaa,,,,,puas hati pakcik tu n kami sekeluarge,.,.time kasih pak cik man,.,.sebab bagi keadaan rumah kite jadi selese...

ade banyak lagi nie.....tapi tak sempat nak tulis,,,nie pon dah jauh ,malam...sok ade kelas,.,.k laaa...semoge "is" terhibur dengan kisah2 hidup aku nie,,.,

Assalamualaikum,.,.,

Wednesday, July 15, 2009

Assalamualaikum...
sedikit bingkisan dari kembara saya dan sahabat-sahabat saya di bumi Sana'a Yaman...Khas untuk tatapan sahabat-sahabiah dan usrah ku di Malaysia,,,,.....

pemandangan Kota Lama Sana'a atau Bab ul-Yaman...kota yang telah dibina sejak beratus tahun dahulu dan saya diberitakan bahawa bangunan-bangunan disini juga telah berdiri kukuh sejak beratus tahun lamanya,,,.... saya berada di hadapan pintu masuk Kota Lama Sana'a dan pintu inilah yang dinamakan BAB ul-YAMAN,,,tak sempat nak pozing,ehsan dah tangkap...ehsan nak balik Msia 23hb nie..

perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Somalia...Malaysia menang besar,tak terkire goal nye,,,first day saya disini..

Di Bab ul Yaman...salah satu gerai yang saya sempat singgah...yang pakai beg kat belakang saya tu la ehsan..ala,,yang tangkap gambar tak sempat pozing tadi tu...


jalan masuk ke kawasan Bab ul Yaman,,beberapa meter selepas pintu gerbang Yaman,,,,....




Salah satu tempat yang saya tak sabar nak lihat,Ka'bah Abrahah..tapi monumen ni tak di jaga..dan sekarang menjadi tempat pembuangan sampah bagi penduduk di kawasan situ...

lorong perniagaan di Kota Lama Sana'a...penuh dengan bermacam barang dan ragam..tapi seronok...

Sahabat-sahabat yang menyambut katibaan saya di airport Sana'a...yang paling dekat ni Amiruddin,yang tak sempat duduk tu Hairul Zairi(is) dan yang dok tengah pegang roti tu Hakimi Hamzi....

pemandangan kawasan Bab ul Yaman atau Kota Lama Sana'a.....macam gambar yang mula-mula tadi....
Alhamdulillah,,..semoga anda berminat untuk ke sini,,lagi satu kelebihan di Yaman ni,susah nak nampak perempuan yang tak pakai tudung,,senang kata,kalau nak belajar,sinilah tempat yang sesuai....untuk sahabat-sahabat....sekian bingkisan dari Yaman....Assalamualaikum...








Thursday, July 9, 2009

Coretan perjalanan ke bumi Yaman

* 5 julai

- lebih kurang jam 2 ptg aku tiba di KLIA bersama keluarga,,menanti saat untuk berpisah dengan keluarga tercinta..
- jam 3 ptg Ustaz Ridhuan yang menguruskan urusan penerbangan kami tiba,,
- jam 3.45 ptg kami turun melebasi boarding pass,,
- jam 3.50 ptg train tiba untuk ke pintu penerbangan antarabangsa,,
- jam 5 ptg flight berlapas ke Jakarta perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit,,
- jam 6.30 ptg kami tiba di Jakarta,,transit selama sejam,,

* 5-6 julai

- jam 7.30 mlm flight berlepas dari Jakarta ke Dubai,,perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam 45 minit,,
- jam 3.15 pagi kami tiba Dubai,,transit selama sejam..
- jam 4.15 pagi flight berlepas dari Dubai ke Sana'a,,perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit..
- jam 6.45 pagi kami tiba di Sana'a ibu negara Yaman..
(jadual asal)

Alhamdulillah kami selamat tiba di bumi Yaman,,Namun semasa di airport,pasport kami ditahan oleh seorang pegawai di airport Sana'a kerana pandangan negatif oleh pihak berkuasa di Sana'a..selepas berbincang selama beberapa jam,akhirnya kami dilepaskan dan semua dokumen perjalanan kami diserah semula..Alhamdulillah..

Inilah sedikit coretan dari perjalana orang2 yang ingin menuntut ilmu Islam,,bukan mudah,bahkan ianya cukup menguji kesabaran dan keimanan untuk mengejar ilmu agama,,apa yang penting adalah tawakkal kita kepada ALLAH yang maha mengetahui,,'
Doakan kami agar kuat untuk menempuh onak duri dalam meneruskan perjalanan hidup ini,,

Monday, June 29, 2009

Assalamualaikum,,
dalam mase yang singkat nie,saye nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang pernah mengenali saye sekiranya ada perilaku dan percakapan saye yang menyakitkan hati tuan puan,sahabat sahabiah,guru-guru dan semua,,Insya Allah ahad nie saye akan berangkat ke Yaman untuk melanjutkan pelajaran di sana..atas sebab urusan itu,saye tak dapat nak update blog nie,,tak dapat nak bagi buah fikiran atau pengisian baru..Harap maaf,,Kepada sahabat-sahabiah,doa2kan lah agar kami selamat sampai dan dapat mengejar ilmu dengan tenang di sana nanti,,Jazakumullahu khaira al jaza,,Assalamualaikum