? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 3, 2009

Tuntutlah Ilmu


"Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :Barang siapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu,maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dengan membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya bersama-sama,kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka,rahmat(ALLAH) memenuhi mereka malaikat menaungi mereka,dan ALLAH menyebut-nyebut mereka dihadapan makhluk yang berada di sisi-Nya,dan barang siapa yang lambat amalannya(cacat),maka tidak akn dipercepat mengangkat darjatnya."

(Riwayat Muslim)


Kelebihan Ilmu,,...


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Orang yang paling menyesal pada hari kiamat ialah lelaki yang ada peluang untuk menuntut ilmu di dunia tetapi dia tidak mengambil kesempatan utk menuntutnya,dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain lalu yang belajar daripadanya mendapat faedah sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa."


Sahabat,

jelas,hadis ini menggalakkan kita supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu yang berguna kepada kehidupan,keagamaan dan keduniaan.

Dengan ilmu pengetahuan yang betul,kita dapat mengamalkan amalan-amalan ibadah yang betul dan sempurna.Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan kita ke dalam bid'ah dan kekeliruan yang boleh merosakkan agama.


Disamping itu,ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhin kita terhadap ALLAH,dan dengan demikian akan meningkatkan darjat kita di sisi ALLAH dihari kiamat kelak.


Hadis di atsa juga menggariskan satu panduan penting iaitu tujuan balajar ialah untuk beramal samada kita seorang pelajar mahupun seorang guru,kerana amalan kita merupakan nilai ilmu dan nilai kita yang berilmu.

Kata pepatah Arab : Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah.

Alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mendapat apa-apa daripada ilmunya sedangkan orang yang belajar daripadanya memungut keuntungan yang abadi..


-fitriey-

0 ulasan: